Manga Black Clover kini kembali dengan pelbagai konflik termasuk upacara Black Bull di Witch Forest kini diganggu oleh Lucius dengan menghantar Paladin Domnatio bagi melambatkan proses membawa Asta pulang ke Clover Kingdom.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kandungan di bawah akan mengandungi spoiler manga Black Clover bab 362.
Mimosa kembali beraksi

Rakyat Clover Kingdom akhirnya mengetahui yang musuh yang sedang menyerang negara mereka ialah Julius Wizard King sendiri. Nasib baik Marx dan Mimosa datang tepat pada masanya untuk memberitahu yang musuh sebenarnya bukan Julius Wizard King tetapi badannya telah diambil alih oleh musuh.
Marx dan Mimosa kini sedang bertungkus lumus membantu “heal” Magic Knight lain bagi meneruskan perjuangan mereka mempertahankan Clover Kingdom. Sementara itu, mereka berdua mengarahkan supaya rakyat melarikan diri ke tempat yang lebih selamat sambil memberitahu yang Captain dari setiap skuad bersama Yuno sedang melindungi Clover Kingdom.

Sekke yang selalu memperlekehkan tanggungjawabnya pula menjadi berani untuk menentang Paladin supaya orang disekelilingnya berjaya melarikan diri semasa dia melengahkan masa musuh. Walaupun dia sedar yang dia tidak sekuat seperti Asta, dia tidak berputus asa dan masih mencuba untuk menjadi lebih kuat setanding Asta.
Apa berlaku di Land of the Sun

Semasa sedang bersiap untuk menghantar Asta pulang, Ryu menggunakan kuasanya Tengentsu untuk melihat masa hadapan, tetapi dia terkejut semasa menggunakan kuasanya dan mungkin ada perubahan yang dia lihat semasa menggunakannya. Buat masa sekarang, kita masih tidak didedahkan dengan apa yang dilihat oleh Ryu semasa menggunakan Tengentsu.

Bab terbaru Black Clover ini berakhir dengan upacara Black Bull diganggu oleh Paladin Domnatio di Witch Forest. Dia berkata “Biarkan keadilan ditegakkan ke atas kejahatan yang mengganggu keamanan”. Walaupun tidak banyak aksi perlawanan di dalam bab terbaru Black Clover ini, kita sebenarnya telah didedahkan dengan serba sedikit tentang konflik yang sedang berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak kandungan Black Clover, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post