Selepas berehat seminggu, manga Black Clover kini kembali dengan lebih banyak aksi dan adegan yang penuh dengan kejutan di mana Lucius mempunyai klon dan bakal kuasai Clover Kingdom.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kandungan di bawah akan mengandungi spoiler manga Black Clover bab 361.
Lucius Kuasai Clover Kingdom

Bab terbaru manga Black Clover, memperlihatkan badan Lucius yang berlumuran darah dan sudah pasti dia mati selepas menerima serangan daripada Yuno. Tetapi dalam beberapa saat, Lucius kembali di belakang Yuno. Siapa tidak terkejut orang yang baru sahaja mati tiba-tiba muncul kembali.

Rupa-rupanya, Lucius mempunyai klon tetapi bagaimana dia mempunyai klon pula? Jika kita lihat beberapa bab yang lepas, kita telah didedahkan dengan Lucius menyerap magic adik-beradiknya yang lain di mana Zenon mempunyai Bone Magic, Vanessa mempunyai Blood Magic dan Dante pula mempunyai Body Magic.
Tambah pula dengan Soul Magic yang Lucius ada, memang pasti dia boleh membuat klon diri sendiri dan tidak mustahil untuk dia membuat klon kepada watak-watak lain juga. Kini Clover Kingdom telah dipenuhi oleh klon Lucius dan nampaknya Magic Knight langsung tidak mempunyai sebarang harapan untuk menang.

Namun, di dalam panel 6, kita boleh lihat Lucius sedang duduk santai dan tidak berada di dalam Paladins mode. Mungkin Lucius yang selama ini Yuno lawan dalah klon sahaja. Nampaknya Lucius betul-betul tunggu ketibaan Asta ke Clover Kingdom.
Tetapi adakah klon-klon Lucius itu mempunyai jumlah kuasa yang sama seperti Lucius original? Nanti kita tengok perlawanan tersebut pada bab yang akan datang.
Harapan kembali cerah

Ingatkan pasukan Black Bull pergi ke Land of the Sun untuk mencari Asta, rupa-rupanya mereka telah kembali ke Forest of Witches untuk menggunakan magic Witch Queen bagi membawa Asta pulang. Memandangkan Asta tersesat jauh daripada peta Black Clover asal, Witch Queen tidak mampu menggunakan kuasanya untuk membawa Asta pulang.

Secara tiba-tiba Dorothy Unsworth (Kapten kepada The Coral Peacocks) memasuki perbincangan tersebut dan memberikan idea untuk membawa Asta kembali ke Clover Kingdom. Memandangkan 3 Witch yang terkuat telah pun berkumpul, tiada apa yang mereka tidak boleh lakukan.

Dengan bantuan semua Witch, mereka akan menggunakan kuasa magic terbesar iaitu Gargantuan Compound Spell, The Door of Fate di mana ia membolehkan pengguna berjumpa dengan orang yang ingin dijumpai.

Bab ini berakhir dengan Asta sedang bersiap sedia untuk kembali ke Clover Kingdom. Harapnya, kita akan melihat Asta di Clover Kingdom dalam bab Black Clover seterusnya. Sedikit demi sedikit Yuki Tabata dedahkan perangai Lucius yang sangat jahat ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak kandungan Black Clover, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post