Pada bulan Julai yang lalu, kita telah dikejutkan dengan pengumuman musim baharu untuk siri anime Black Butler semasa Anime Expo 2023. Diumumkan melalui Twitter rasmi anime bahawa Black Butler: Public School Arc bakal menemui peminat pada April 2024! Bukan setakat itu sahaja, potret Ciel Phantomhive juga didedahkan sempena hari jadinya!

Dalam Black Butler: Public School Arc, kita akan melihat Ciel dan Sebastian menyelinap masuk ke Weston College setelah mendapat surat daripada Queen Victoria mengenai kehilangan beberapa orang pelajar, termasuklah salah seorang saudaranya, Derrick. Maka bermulalah kisah Ciel bersama butlernya menyiasat perkara misteri yang berlaku kepada pelajar-pelajar itu.

Kita dapat pengesahan bahawa anime baharu Black Butler akan diarahkan oleh Kenjiro Okada untuk studio CloverWorks. Hiroyuki Yoshino akan bertindak sebagai ketua penulis, Yumi Shimizu akan menyediakan reka bentuk watak, dan Ryo Kawasaki akan menggubah muzik. Pelakon suara original juga akan kembali di mana Daisuke Ono akan menyuarakan Sebastian Michaelis manakala Maaya Sakamoto akan menyuarakan Ciel Phantomhive.

Bagi mereka yang tidak tahu, Black Butler ialah siri manga Jepun yang dihasilkan oleh Yana Toboso. Ia disirikan dalam majalah Monthly GFantasy terbitan Square Enix sejak September 2006 dan mudah naik populariti tinggi di kalangan penonton kerana kisahnya yang unik. Berikutan itu, sebuah adaptasi anime sebanyak 24 episod telah dibuat dan disiarkan dari Oktober 2008 hingga Mac 2009. Ini diikuti oleh Musim 2 yang disiarkan dari Julai hingga September 2010 dan Musim 3 bertajuk Black Butler: Book of Circus yang disiarkan antara Julai dan September 2014.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post