Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bethesda kini milik Microsoft, lebih banyak game eksklusif di Xbox & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2021
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Bethesda kini milik Microsoft, lebih banyak game eksklusif di Xbox & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya, Bethesda kini milik Microsoft sepenuhnya, seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xbox Phil Spencer di laman web rasmi Xbox. Pengambilalihan Microsoft ke atas ZeniMax Media sudah lama dirancang di mana mereka ingin menggabungkan ZeniMax sepenuhnya ke dalam Microsoft bersama dengan syarikat di bawah ZeniMax seperti Bethesda, Arkane, dan id Software.

Microsoft harus membuktikan bahawa mereka tidak melanggar undang-undang mengenai monopoli pasaran atau amalan “antitrust“, tetapi pemerolehan Bethesda oleh Microsoft telah menerima berita baik hari ini ketika Suruhanjaya Eropah meluluskan pengambilalihan itu dengan pernyataan yang mendakwa ia tidak “menimbulkan keraguan serius mengenai keserasiannya dalam pasaran bersama.”

Today we officially welcome Bethesda to Team Xbox. Our goal is to empower the teams across Bethesda to create their greatest work and to learn from them as we deliver more games to more players around the world. Our work together begins now. https://t.co/Ul0jJ41Dr0

— Phil Spencer (@XboxP3) March 9, 2021

Xbox Game Pass akan menerima banyak kelebihan daripada pemerolehan ini kerana lebih banyak permainan kini boleh ditawarkannya sebagai sebahagian daripada perkhidmatan langganan Xbox Game Pass. Bethesda adalah antara nama terbesar dalam senarai itu, tetapi banyak lagi permainan dari pelbagai syarikat lain kini dapat menyertai servis ini, termasuk MachineGames, Alpha Dog, dan Roundhouse Studios.

Xbox Game Pass menjadi trending di Twitter kerana ramai yang membincangkan pengambilalihan Bethesda oleh Microsoft dan apakah implikasinya, seperti jika permainan baru mereka akan menjadi eksklusif hanya di Xbox. Itu masih belum disahkan tetapi buat masa ini, kita diberi jaminan bahawa lebih banyak permainan Bethesda akan datang ke Game Pass.

What would you all say if we told you we're adding even more @Bethesda titles? because we're adding even more @Bethesda titles

— Xbox Game Pass (@XboxGamePass) March 9, 2021

Phil Spencer secara rasmi menyambut Bethesda ke pasukan Xbox hari ini dalam satu pernyataan pendek yang menceritakan pemerolehan Bethesda dan masa depan tentang hubungan Bethesda/Microsoft. Dia menjelaskan komitmen Xbox untuk mewujudkan asas yang kukuh bagi Bethesda untuk menghasilkan karya terbaiknya dan memberitahu bahawa proses pemerolehan ini telah menjadi “langkah seterusnya untuk membangun sebuah pasukan studio pihak pertama yang terkemuka di industri.”

https://www.youtube.com/watch?v=xy2930hAXnc

Seterusnya, dia mengesahkan bahawa “beberapa judul baru di masa depan adalah eksklusif untuk pemain Xbox dan PC,” dan Xbox Game Pass adalah tempat terbaik untuk mengalami pelbagai jenis permainan baru.

Seperti yang anda tahu, Xbox sebenarnya tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan konsol ini. Banyak pengedar sah seperti Impulse Gaming dan Heavy Arm yang menjual konsol itu, cuma cara transaksinya sedikit berbeza dari PlayStation. Jika kamu adalah pemilik Xbox, saya pasti ini adalah berita baik untuk anda semua memandangkan Bethesda kini milik Microsoft! Untuk segala liputan kami tentang Xbox, sila tekan sini.

Sumber – Xbox

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BethesdaMicrosoftPCxboxXbox Game PassZeniMax Media
Previous Post

vivo X60, Siri Telefon Pintar vivo ZEISS Pertama yang dilancarkan di Malaysia

Next Post

The Rampage Dalam Monster Hunter Rise

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
The Rampage Dalam Monster Hunter Rise

The Rampage Dalam Monster Hunter Rise

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd