Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Beta Test” Untuk MMORPG Crystal of Atlan Akan Datang – Daftar Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMORPG, Mobile, PC
0 0
0
“Beta Test” Untuk MMORPG Crystal of Atlan Akan Datang – Daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Memanggil semua pengembara! Beta test untuk Crystal of Atlan, MMORPG Magipunk terbaru dalam pasaran, akan bermula tidak lama lagi! Daftar sekarang dan jadilah antara yang pertama untuk melangkah ke dunia di mana sihir dan teknologi bersatu.

Berlatarbelakangkan dunia terapung Atlan, game ini menggabungkan sihir dan teknologi dalam satu pengalaman unik. Selepas Magitek Revolution Kedua, sihir telah menjadi sumber tenaga utama, digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan, dari kapal udara hingga senjata canggih. Namun, di sebalik keajaiban ini tersembunyi konspirasi misteri yang berkaitan dengan Crystal of Atlan, sumber tenaga sihir tanpa batas.

Di Rhine City, sebuah kota para pengembara, pemain akan menyertai Adventurer’s Guild untuk membongkar rahsia Crystal dan memulakan pengembaraan epik penuh dengan misteri dan bahaya.

Kredit: Nuverse

Crystal of Atlan membawa sistem pertempuran aksi ke tahap seterusnya. Pemain boleh mengelak di udara, menyerang dari pelbagai sudut, dan menguasai lebih daripada 10 abiliti unik untuk setiap 4 kelas utama yang bercabang kepada 8 kepakaran berbeza. Ini memberikan kepelbagaian gaya yang sesuai untuk setiap pengembara.

Sistem pertempuran ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam, dengan kesan serangan yang jelas, animasi yang dinamik, serta efek khas yang menghidupkan setiap pertempuran.

Kredit: Nuverse

Dikuasakan oleh Unreal Engine 4, Crystal of Atlan menampilkan grafik 3D serta dunia terbuka luas yang boleh diterokai tanpa batasan. Tambahan pula, Crystal of Atlan menyokong cross-play antara PC dan peranti mobile, membolehkan pemain bertukar platform dengan lancar. Sama ada anda lebih gemar menggunakan tetikus dan papan kekunci atau bermain dengan telefon, game ini memberikan kebebasan penuh untuk menyesuaikan gaya permainan anda.

Kredit: Nuverse

Dibangunkan oleh Nuverse, Crystal of Atlan telah menjalani beberapa uji beta tertutup. Dengan beta test terbaru, keterujaan bagi pelancaran global semakin meningkat. Walaupun tarikh rasmi pelancaran belum diumumkan, pasti ramai tidak sabar untuk menerokainya.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama meneroka dunia Atlan. Daftar sekarang untuk beta test di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Beta testCrystal of Atlan
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Tamagotchi Uni Monster Carnival – Menjaga Haiwan Peliharaan Maya Kini Lebih Seronok!

Next Post

Gundam Assemble – Permainan Papan Gundam Ala Warhammer 40K!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Gundam Assemble – Permainan Papan Gundam Ala Warhammer 40K!

Gundam Assemble - Permainan Papan Gundam Ala Warhammer 40K!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd