Siap sedia untuk meneroka kawasan yang belum diterokai! Amplitude Studios telah mengumumkan bahawa beta tertutup untuk ENDLESS Dungeon akan diadakan bermula 7 September – 18 September 2023.
Untuk pengetahuan anda, ENDLESS Dungeon merupakan game rogue-lite tactical action dengan gabungan unik tower defense. Anda akan mendapati diri anda terdampar di sebuah stesen angkasa misteri yang ditinggalkan. Anda kini perlu berlawan untuk keluar sambil mempertahankan kristal anda daripada raksasa-raksasa di situ… atau mati mencubanya, dapatkan reload dan cuba semula!
Bersedia untuk menguji keberanian anda menentang bos dan raksasa baharu dan cuba meneroka sedikit sebanyak lore stesen itu. Sebagai tambahan, pemain yang pre-order game di Steam, anda boleh mendapatkan dua buddy pass untuk ajak kawan main bersama dalam multiplayer!

Apa yang terkandung dalam beta tertutup?
Beta tertutup ini hanya tersedia di PC sahaja tetapi ENDLESS Dungeon akan hadir ke PC dan konsol pada 19 Oktober! Mereka yang pre-order Last Wish Edition di Steam atau Epic Games Store, akan mendapat akses kepada beta tertutup game dan kandungan tambahan seperti berikut:
- 4 hero untuk dimainkan, ditambah kandungan Hero Quest buat kali pertama!
- 15 jenis raksasa untuk ditentang
- 5 district untuk diterokai (Astral Harbor, Devotion Garden, Labor Colony, Procedural Factory, Life Incubator)
- 2 bos (Cagekeeper, Bug Momma)
- Co-op multiplayer sehingga 3 pemain
- Pelbagai bahasa

Matlamat beta ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas komuniti untuk membantu game itu menjadi sebaik yang mungkin! Pemain yang bermain game akan menjawab survey dalam game dan memberikan komen mengenainya.

Akses percuma untuk kawan-kawan anda!
Mereka yang membeli Last Wish Edition game akan mendapatkan dua lesen tambahan untuk game versi multiplayer sahaja. Anda boleh berikannya kepada dua kawan anda melalui sistem hadiah Steam. Akses ini hanya boleh digunakan sepanjang sesi beta tertutup.
Bukan itu sahaja, streamer terpilih turut memberikan akses “mutiplayer sahaja” melalui Twitch drop! Anda boleh dapatkan senarai streamer dan maklumat lanjut game melalui Games2Gether.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post