Memandangkan Diablo 4 akan dikeluarkan tidak lama lagi pada tahun 2023, Blizzard memutuskan untuk membuat ujian beta endgame di mana pemain boleh menguji versi awal permainan dan memberikan maklum balas. Pada masa yang sama, ujian beta ini boleh dimainkan pada PC dan Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4—cross-play dan cross-progression untuk semua platform juga disokong.
Berikut adalah senarai ringkas tentang apa yang ditawarkan dalam Endgame Beta:
Helltide

Ini ialah acara baharu yang tersedia kepada pemain apabila mereka mencapai “World Tier Three: Nightmare” difficulty. Dalam Helltide, konco-konco Lilith lebih kuat dan sukar, tetapi akan menjatuhkan loot yang setimpal dengan tahap kesukarannya. Musuh ini boleh menjatuhkan “Cinders”, mata wang baharu yang digunakan untuk membuka Helltide Chest yang mengandungi item eksklusif.
Nightmare Dungeon
Dungeon tahap Nightmare akan dibuka apabila pemain menemui Nightmare Sigil pertama. Setiap sigil sepadan dengan dungeon tertentu di dalam Sanctuary, yang menambahkan modifier khas, meningkatkan tahap kesukaran musuh dan menyediakan ganjaran lebih berharga.
Whispers of the Dead
Dipaparkan pada peta, pemain akan melihat pelbagai Whisper di seluruh Sanctuary. Selesaikan tugas yang berkaitan dan dapatkan EXP, gold dan Grim Favor. sebaik sahaja anda mengumpul 10 Grim Favor, ia boleh ditukar di Tree of Whispers untuk ganjaran.
Fields of Hatred
Zon PvP untuk para pemain bertarung sesama sendiri. Semasa berada di dalam Fields of Hatred, pemain boleh mengumpul Seeds of Hatred yang kemudian boleh ditukar kepada Red Dust. Hati-hati kerana Red Dust sangat penting, jadi pemain mungkin terpaksa bergelut dengan pemain lain dalam pertarungan.
Paragon Board
Apabila mencapai level 50, Paragon Board, sistem perkembangan watak untuk fasa endgame akan dibuka di mana pemain boleh customize watak untuk menjadi lebih kuat.
Cara-cara untuk masuk ujian beta Diablo 4
Blizzard mahu pemain yang baru-baru ini menghabiskan banyak masa bermain kandungan endgame Diablo II: Resurrected, Diablo III dan Diablo Immortal. Jika anda memenuhi syarat itu, sila ikuti langkah di bawah:
- Layari laman web Battle.net atau buka Battle.net launcher.
- Klik username anda yang dipaparkan di penjuru kanan atas skrin dan klik “Account Settings” atau “View Account” bergantung pada platform.
- Klik pilihan menu “Privacy & Communication” kemudian tatal ke bawah ke “Communication Preferences.”
- Klik butang “Update” dan pastikan pilihan “News and Special Offers from Battle.net” diaktifkan.
- Langkah di atas harus dibuat selewat-lewatnya pada 11 Oktober.

Untuk segala liputan kami tentang Diablo 4, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post