Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bertarung dalam muzik tanpa henti, NO STRAIGHT ROADS sememangnya menyeronokkan!

Ini pandangan pertama kami dalam permainan studio tempatan Metronomik!

Nyny.A by Nyny.A
June 29, 2020 - Updated on July 2, 2020
in Epic Store, Game Review, Genre, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Bertarung dalam muzik tanpa henti, NO STRAIGHT ROADS sememangnya menyeronokkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari dengan pelancaran rasminya di platform PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One dan Microsoft Windows melalui Epic Game Store, siapa sangka kami berpeluang sendiri mencuba preview demo permainan awal yang diberi nama No Straight Roads ini. Yang menarik dan membuat kami terlalu teruja untuk mencuba ianya kerana permainan ini adalah hasil anak tempatan kita Wan Hazmer (bekas lead game designer untuk Final Fantasy XV) yang juga merupakan CEO di Metronomik Studio. Permainan penuh No Straight Roads dijadualkan pelepasannya pada 25 Ogos 2020 ini, jadi kali ini kami akan mengongsikan sendiri pengalaman pertama kami dalam preview demo game ini kepada anda semua! Tanpa lengahkan masa jom kita mulakan!

Mayday dan Zuke dah bersedia untuk Revolusi mereka!

Okay kita mulakan dengan jalan cerita permainan No Straight Roads ini. Di Vinyl City yang merupakan sebuah bandar dipenuhi dengan cahaya dan muzik, sebuah band indie rock Bunk Bed Junction yang dianggotai Mayday dan Zuke, kini hendak menarik perhatian CEO Tatiana dan beberapa superstar dari NSR. Sebagai giliran yang tidak disengajakan, NSR menolaknya kerana genre muzik rock sudah ketinggalan zaman kerana kini hanya genre muzik EDM yang boleh diterima. Duo ini merancang untuk memulakan revolusi muzik menentang dominasi NSR dan muzik EDMnya di Vinyl City dengan mengakhiri konsert dan persembahan mereka dengan kekuatan dan kehebatan rock!

Instrument adalah senjata kita! Jom beraksi dengan Mayday dan Zuke!

Okay dah tahu pratagonis utama adalah Mayday dan Zuke kan, ya kami sebagai pemain dapat bermain dan mengawal kedua watak ini. Mayday menggunakan gitarnya untuk melakukan serangan kepada musuh, tetapi serangannya agak perlahan walaupun kuat. Manakala Zuke pula adalah “drummer”, jadi dia dapat membuat kombo untuk menyerang musuh, tetapi sayangnya serangan Zuke adalah lemah berbanding Mayday. Jadi kami boleh menukar-nukar kedua watak ini mengikut situasi pertempuran.

Walaupun ini adalah permainan aksi, tetapi anda kena ingat, anda tidak dapat menyerang musuh secara membuta tuli, kerana setiap serangan musuh memiliki “Rhythm” tersendiri, jadi anda perlu mengelak dan mencari saat yang tepat untuk menyerang! Ini memang kami agak kekok lah mula-mula, memang kena pandai tektik nya!

Pada beberapa serangan ketika ditunjukkan dalam warna ungu, serangan itu dapat menjadi “parry”, setelah berjaya menangkis serangan itu, anda akan mendapat banyak kelebihan dalam pertempuran tetapi ingat ianya sangat sukar untuk ditangkis. Jadi ikuti Irama musuh dan cari tektik untuk melawan semula, itulah kunci untuk anda menang dalam setiap pertempuran. Sebilangan musuh boleh terbang dan di luar jangkauan anda, jadi anda perlu melawan untuk mendapatkan beberapa kotak barang bagi mengumpulkan peluru untuk menembak musuh yang terbang.

Bertempur dengan Boss? Semua boss ada personaliti sendiri dan ikut tema! 

Setiap pertempuran dengan Boss adalah sangat unik dan sangat sukar untuk menewaskan mereka! Setiap boss yang ada memiliki personaliti dan tema tersendiri. Seperti boss pertama yang kami perlu tewaskan adalah DJ Subatomic Super Nova, pentas dan tema pertarungan bosnya adalah mengenai ruang dan planet, jadi dia akan menggunakan meteor dan planet kecil untuk menyerang kami dan kami mesti mengikuti corak dan irama serangannya untuk melawan.

Untuk membantu anda dalam pertempuran bos, ada beberapa item di stage yang dapat anda “ubah” menjadi semacam senjata dan membantu anda menyerang bos untuk sementara. Setiap bos mempunyai 3 tahap, langkah tahap pertama dan kedua masih agak mudah, tetapi ketika pada peringkat akhirnya pertarungan bos, ketepatannya berubah sangat cepat dan anda benar-benar perlu memperhatikan dan memusatkan corak untuk serangan Bos. Sekiranya tidak, anda akan mati dengan mudah.

Bos kedua yang kami lawan adalah Virtual Idol-Sayu, dia seperti duyung. Dalam pertarungan bos ini, anda perlu memecahkan kunci keselamatan Sayu untuk mengalahkannya. Tetapi dia akan menggunakan beberapa helah gila dan serangan pantas untuk menghentikan anda. Juga di peringkat akhir pertarungan bos sangat sukar. Dan kami dapati ada beberapa bug, kerana ketika kami berjaya menyerang tetapi kami masih boleh terluka.

Untuk pertarungan bos, setiap bos kami mencuba hampir 5 atau 6 kali lah untuk mengalahkan mereka sebab memang sangat sukar dan kerap membuat kami kecewa, tetapi apabila akhirnya berjaya mengalahkan mereka, kami merasakan sangat berpuas hati apabila benar-benar berjaya mencapai sesuatu atau mengatasi cabaran besar.

Jangan lupa untuk Upgrade watak anda! 

NSR tidak hanya mengawal jenis muzik, mereka juga mengendalikan bandar ini. Jadi pada suatu masa mereka mengawal bekalan elektrik di bandar. Jadi pemain perlu mencari lebih banyak sumber kuasa dan reboot untuk kemudahan bandar. Setelah berjaya memulihkan kemudahan bandar, kami akan mempunyai lebih banyak peminat untuk menyokong kami. Peminat akan mempengaruhi kemahiran kami dan kemahiran pilihan yang boleh kami pelajari. Oleh itu, kumpulkan lebih banyak peminat untuk menyokong anda, maka anda akan membuka lebih banyak kemahiran dalam bidang kemahiran, serta untuk memperkuat watak anda dan menjadikannya lebih hebat. Psst~ Ada lagi satu cara untuk dapat banyak peminat~ Iaitu dapatkan skor tinggi pada setiap stage!

Selain itu, pemain boleh mengumpulkan Stickers untuk menguatkan senjata anda. Apa yang kami dapati terdapat hanya 2 slot untuk melengkapkan Sticker ini. Seperti pelekat yang kami gunakan boleh memberi pemain meningkatkan serangan normalnya sebanyak 3%.

Dan ada nama ciri MODS. mod boleh membiarkan watak melakukan serangan khas dan kemahiran khas. Seperti Mayday, modnya digelar Mars Attack, dia dapat menaikkan gitarnya, lalu melemparkannya seperti boomerang yang menyala untuk menyerang musuh. Tetapi apabila pemain menggunakan MODS untuk menyerang, ia akan menggunakan bar tenaga watak.

Pengembaraan anda~ Siap jumpa kedai mamak weh! 

Di Vinyl City, anda dapat mengumpul sumber kuasa dan beberapa stickers semasa anda berjalan di sekitar bandar. Tetapi anda perlu menewaskan bos yang sebenarnya mereka hijack konsert anda dan maka hanya kemudian anda dapat membuka Daerah baru. Menariknya, anda akan dapati budaya malaysia dalam permainan ini dan antaranya adalah kedai mamak serta beberapa bangunan gaya lama malaysia. Dan kami dapati terdapat sebuah bangunan yang kelihatan seperti Pavilion KL!

Tetapi bagi Daerah yang lain, gaya bangunan akan mengikuti tema bos, seperti DJ Subatomik Super Nova, di Daerahnya, anda akan melihat lebih banyak bangunan seperti pub dan kelab malam, tetapi bagi Sayu, dia adalah virtual idol, jadi Daerahnya akan mempunyai lebih banyak bangunan gedung permainan dan beberapa kedai menjual produk anime, seperti Akihabara di Jepun.

Pengalaman pertama kami bermain game ini~ MEMANG SERONOK!!!

Dari preview permainan ini, kami dapat memastikan bahawa No Straight Roads adalah permainan yang harus anda sokong dan cuba sendiri kerana sistem pertempurannya yang unik, ia menjadikan setiap pertempuran seperti anda sedang berusaha menyelesaikan teka-teki dan sering perlu memikirkan bagaimana untuk mengelakkan semua perangkap. Juga tidak terlupa untuk elakkan semua serangan dari musuh, ikuti Irama musuh dan cari peluang untuk melawan, pengalaman pertempuran memang sangat menyeronokkan!

Selain itu, kisah No Straight Roads sangat mudah difahami dan beberapa titik cerita sangat menarik serta lucu. Muziknya sangat hebat, lagunya sangat bagus memang tidak membosankan. Seni visual juga dilakukan dengan baik, kami agak suka permainan gaya kartun seperti ini, dan anda boleh menemui budaya tempatan malaysia dalam permainan ini yang sememangnya mengejutkan kami!

Maka sejujurnya, Wan Hazmer sememangnya berjaya dalam pembikinan No Straight Roads dan anda pasti tidak akan kesali untuk menyokong permainan dari anak tempatan kita yang hebat ini! Cuma disebabkan belum final Review… untuk masa ini kami masih seronok dan tidak sabar nak main full game! Jadi apa lagi yang anda nantikan? Anda boleh pra-pembelian No Straight Roads di pelantar tersedia!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MetronomikNO STRAIGHT ROADS Reviewpandangan pertama NO STRAIGHT ROADSWan Hazmer
Previous Post

No Straight Roads lancar 25 Ogos! Mari rock & roll dulu bersama demo dan mini-OST!

Next Post

Pakaian Streetwear ASUS Republic of Gamers X Stoned & Co. turut didedahkan sebentar tadi!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Pakaian Streetwear ASUS Republic of Gamers X Stoned & Co. turut didedahkan sebentar tadi!

Pakaian Streetwear ASUS Republic of Gamers X Stoned & Co. turut didedahkan sebentar tadi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd