Wizards of the Coast bakal mengadakan beberapa acara pra-lancar untuk Aetherdrift, set terbaru dalam permainan kad perdagangan ternama, Magic: The Gathering.
Mulai 7 Februari, pemain di Malaysia boleh bersiap sedia untuk perlumbaan maut di seluruh multiverse, di mana Aetherdrift menghadirkan aksi penuh adrenalin, mekanik permainan yang inovatif, dan ganjaran menakjubkan—apabila secara rasmi dilancarkan pada 14 Februari.
Kedai WPN Tempatan Turut Sertai

Kedai-kedai Wizards Play Network (WPN) di Asia Tenggara sedang bersiap untuk perlawanan sengit melalui program baru Race To Victory. Dari 7 Februari hingga 30 April, acara-acara yang layak di kalangan peruncit WPN akan menawarkan ganjaran fizikal eksklusif.
Dengan menyertai pelbagai acara sepanjang musim—daripada acara pra-lancar di dalam kedai, Draft, Standard, dan Commander, hinggalah ke format Modern, Sealed, dan Legacy—pemain boleh membina momentum secara berterusan dan membuka ganjaran yang semakin menarik. Cari kedai WPN tempatan anda dan semak senarai acara layak untuk mula menyertai!
Sebagai bonus tambahan, tiga pemain pertama di setiap kedai WPN yang melengkapkan acara Race To Victory sebelum 23 Mac akan layak ke kejuaraan negara, dengan peluang bertanding untuk salah satu daripada lima trofi Aetherspark yang didambakan. Setiap trofi merupakan penghargaan unik yang memaparkan nama negara tempat ia dimenangi.

Mekanik Baru: Max Speed dan Exhaust
Aetherdrift memperkenalkan beberapa mekanik baru yang direka untuk memberikan aksi maksimum.
Mekanik Max Speed bermula apabila kad mengarahkan anda “Start Your Engines.” Selepas itu, setiap kali lawan kehilangan nyawa pada giliran mereka, anda akan menambah satu kelajuan sehingga mencapai Max Speed. Semakin tinggi kelajuan anda, kad-kad tertentu akan meningkatkan kekuatannya.
Namun, kadangkala kelajuan sahaja tidak mencukupi. Di sinilah mekanik baru Exhaust berfungsi. Merupakan efek sekali guna yang hanya boleh diaktifkan sekali setiap permainan, ia memberikan peluang untuk mengganggu rancangan lawan atau memberi kelebihan.
Kendaraan, Mount, dan Rekaan Kad Bergaya
Tiada perlumbaan yang lengkap tanpa kenderaan yang boleh dipercayai atau mount yang bertenaga. Dalam Aetherdrift, mekanik klasik ini kembali dengan sentuhan baru. Anda boleh memilih antara kenderaan canggih atau basic, serta memilih pelbagai jenis mount—daripada makhluk berkaki banyak hinggalah tanpa kaki—untuk menyesuaikan gaya perlumbaan dan mencapai kejayaan di litar.
Nikmati juga rekaan kad baru yang menarik dan kad koleksi yang memukau mata. Hadiah tertinggi, Aetherspark, adalah kad eksklusif Serialised Full-Art, Borderless Foil yang menakjubkan—terhad kepada hanya 500 salinan di seluruh dunia dan hanya terdapat dalam Collector Boosters.

Tambahan pula, setiap Aetherdrift Play Booster Display dan Collector Booster Display mengandungi First-Place Box Topper yang memuatkan satu kad rare atau mythic rare dengan rekaan foil emas baru, serta satu Basic Land berkonsep seni penuh.


Kad dan Seni Visual Khas
Pastikan mata anda tetap tertumpu pada trek—dan juga pada karya seni! Aetherdrift menampilkan kad Borderless Graffiti Giant, yang memaparkan karya seni gergasi dewa-dewa yang pasti menarik perhatian.


Sementara itu, kad Japan Showcase kembali dengan karya seni Jepun bertema berwarna-warni, diilustrasikan oleh artis tempatan berbakat, eksklusif dalam rekaan Foil dan Fracture Foil dalam Collector Boosters.


Jangan lupa juga untuk melihat variasi kad Land baru dan yang lama. Nikmati pemandangan pelbagai alam dengan Full-Art Panorama Basics dan Full-Art Driver’s Seat Basic Lands, serta kad Borderless Dual Lands yang sentiasa popular.

Aetherdrift tersedia dalam pelbagai format, termasuk Play Boosters, Collector Boosters, dua Commander Decks, Prerelease Packs, Bundles, dan Finish Line Bundles. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post