Masih ingat lagi perkongsian kami mengenai Pokemon Master permainan Pokemon terbaru dari DeNA yang juga telah membuka pra-pendaftaranya Julai lalu? Jadi kami seru kesemua peminat Pokemon di dunia ini, akhirnya Pokemon Masters secara rasmi hadir di platform mudah alih untuk Android dan iOS! Anda sudah bersedia untuk memuat turun dan menentang pelbagai pelatih pokemon di generasi-generasi Pokemon?
Pokemon Masters merupakan sebuah permainan RPG dimana pemain akan mengembara, bekerjasama secara pasukan dan bersaing dengan pelatih-pelatih Pokemon yang kuat dan hebat! Jalan penceritaan di bandar Pasio, hanya akan ada satu Pokemon yang menjadi peneman anda didalam permainan ini.

Yang menariknya adalah serangan istimewa antara pemain dan Pokemonya! Sebagai penambahan istimewa didalam permainan ini, pemain juga akan mempunyai penggerakan langkah tersendiri untuk membantu Pokemon. Di samping itu bandar Pasio juga mempunyai perlawanan 3v3 iaitu Pokemon Masters League untuk anda sertai, apa yang anda perlu adalah pengumpulan lencana penuh di setiap gym!
https://www.facebook.com/PokemonMastersGame/videos/487164425187446/
Jangan lepaskan peluang untuk bermain secara co-op bersama rakan-rakan di seluruh dunia! 3 pemain berpasukan untuk kegembiraan dan hadap pertempuran yang menarik! Bekerjasama dan capai kemenangan! Jadi jangan lupa memuat turun Pokemon Masters di Google Play Store atau di iOS App Store. Nantikan perkongsian pengalaman bermain permainan ini dari kami juga dalam masa terdekat okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post