Codemasters hari ini mengumumkan versi percubaan percuma (Free Trial) perlumbaan off-road, DiRT Rally 2.0 yang kini boleh didapati di kedua-dua pelantar PlayStation 4 dan Xbox One. Pemain akan mempunyai akses kepada 10 kereta di dua mod permainan yang berbeza iaitu Perlawanan tradisi dan Rallycross.
DiRT Rally 2.0 mengfokuskan pada perlumbaan rallying dan rallycross. Pemain bersaing dalam acara-acara peringkat waktu di atas jalan raya dan luar jalan dalam keadaan cuaca yang berbeza-beza. Permainan ini mempunyai peringkat di Argentina, Australia, New Zealand, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Codemasters juga mengumumkan rancangan untuk mengembangkan permainan menerusi pelepasan kandungan yang boleh dimuat turun dan tahap yang dikeluarkan di Finland, Jerman, Greece, Monte Carlo, Sweden dan Wales. Tahap-tahap ini adalah versi remastered yang termasuk DiRT Rally yang asal.
Versi Percubaan percuma DiRT Rally 2.0 memberi anda peluang untuk mencuba pengalaman yang diiktiraf secara kritikal yang mendebarkan. Untuk sesi percubaan ini, Codemaster bekerjasama dengan komuniti pemain, pemandu, pengurus pasukan dan pengeluar untuk menawarkan dengan mempamerkan acara utama DiRT Rally 2.0.
Termasuk dalam 10 kenderaan yang disediakan adalah kereta dari Volkswagen, Audi, Peugeot, Renault, Ford dan Subaru. Di samping menawarkan versi yang moden, terdapat juga kereta rally klasik untuk dinikmati, seperti MINI Cooper S, DS21 dan Lancia Fulvia HF.
Pilihan penyesuaian (Customization) tersedia yang membolehkan para pemain untuk ubah suai pembaikan kenderaan mereka dan menetapkannya mengikut keutamaan serta cuaca dinamik permainan dan mekanik permukaan jalan bermakna anda perlu menggunakan sepenuhnya pilihan tersebut.
Pemain boleh membuka kunci edisi standard permainan dari dalam percubaan jika mereka mendapatkan versi penuh permainan. Manakala dalam versi penuh permainan mempunyai lebih daripada 50 kereta.
Berminat untuk mencuba Free Trial ini? Anda boleh terus dapatkanya di PlayStation Store atau Xbox store atau terus ke laman web rasmi DiRT Rally 2.0.
Sumber: Codemaster

@gamersantaimy
Discussion about this post