Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berkumpul di “Gundam Base Virtual World” pada 30 September, ruang lepak untuk peminat Gunpla!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Gunpla, Manga
0 0
0
Berkumpul di “Gundam Base Virtual World” pada 30 September, ruang lepak untuk peminat Gunpla!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Hobby telah mengumumkan bahawa “THE GUNDAM BASE VIRTUAL WORLD”, sejenis ruang online di mana anda boleh menikmati hiburan GUNPLA maya tidak kira di mana anda berada, akan tersedia secara rasmi di Malaysia pada 30 September.

Secara lebih tepat, “THE GUNDAM BASE VIRTUAL WORLD” akan dibuka di Malaysia pada 30 September 2022 jam 9:00 (MYT) di mana sesiapa sahaja boleh memasuki dunia maya itu menggunakan web browser di PC masing-masing. Di sana, peserta boleh bergerak dengan bebas di sekitar fasiliti dan mengalami semua jenis hiburan Gunpla termasuk diorama bersaiz sebenar, teater boleh ditonton, galeri yang mempamerkan sejarah Gundam dan Gunpla, dan lain-lain.

Berikut adalah kandungan yang ditawarkan dalam GUNDAM BASE VIRTUAL WORLD:

  • Special Gunpla Corner
    • mempunyai patung GUNPLA PG UNLEASHED 1/60 RX-78-2 Gundam dan mempunyai kawasan di mana produk edisi terhad dan produk menarik lain dipamerkan dan dijual.
  • Universal Century Room
    • Mempamer dan menjual produk daripada siri Universal Century, dan terdapat patung RG 1/44 Zeong di tengah. Anda boleh mendapatkan produk yang anda suka dalam pod pembelian khas.
  • Another Gundam Room
    • Mempamer dan menjual produk daripada siri bukan Universal Century, dan terdapat patung RG 1/44 Freedom Gundam di tengah. Anda boleh mendapatkan produk yang anda suka dalam pod pembelian khas.
  • Hangar PG UNLEASHED RX-78-2 Gundam
    • Melihat diorama PG UNLEASHED RX-78-2 Gundam yang sedang dalam penyelenggaraan di hangar. Nikmati pengalaman diorama serba baharu yang seolah-olah realiti.
  • Gunpla History Gallery
    • Lihat sejarah Gundam dan Gunpla setakat ini.
  • G-Theater
    • Tonton video berkaitan Gunpla dan Gundam.
  • Photo Spot
    • Ambil gambar di hadapan patung PG UNLEASHED 1/60 RX-78-2 Gundam atau bersebelahan patung Zeong dan patung Freedom Gundam yang terletak di dalam bilik.

Sekali lagi saya ingatkan, “THE GUNDAM BASE VIRTUAL WORLD” akan tersedia secara rasmi di Malaysia pada 30 September.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gundamGUNDAM BASE VIRTUAL WORLDgunpla
Previous Post

Desktop Predator Orion 7000 boleh dilengkapi pemproses 13th Gen Intel Core, upgrade serba baru!

Next Post

Tarikh Steam Sale diumumkan, Autumn Sale bakal tiba 22 November ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Tarikh Steam Sale diumumkan, Autumn Sale bakal tiba 22 November ini!

Tarikh Steam Sale diumumkan, Autumn Sale bakal tiba 22 November ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd