Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berjaya Dragons dari Malaysia bakal berentap di League of Legends Pacific Championship Series!

10 pasukan di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong akan berentap bermula 29 Februari ini!

Nyny.A by Nyny.A
February 25, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC
0 0
0
Berjaya Dragons dari Malaysia bakal berentap di League of Legends Pacific Championship Series!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim sulung Siri Kejuaraan Pasifik “Pacific Championship Series” (PCS), yang menampilkan 10 pasukan di seluruh Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong bakal menyampaikan era baru League of Legends yang kompetitif di rantau ini dan persaingan sengit ini akan bermula hujung minggu ini!

PCS akan bersiaran lansung bermula 29 Februari 2020, Sabtu ini pada jam 5pm GMT +8 dan akan tersedia dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Thai sehingga 4 April hanya pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Para peminat boleh menonton siaran lansung PCS di Twitch TV dan di YouTube. Minggu pertama perlawanan akan menyaksikan diantara persaingan pasukan gergasi J-Team dan Ahq Esports Club.

Format musim liga adalah seperti berikut:

PCS menampilkan peningkatan jumlah permainan merentas serangkaian dari pemain yang terbaik dan format playoff double-elimination baru, dengan pasukan teratas dari bekas League of Legends Master Series dan Asia Tenggara. Liga PCS dianjurkan oleh Riot Games dan FunPlus Esports, sementara Garena adalah penerbit League of Legends di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Jadi di bawah adalah pasukan yang akan berada di liga musim ini;

Ahq Esports Club

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan diketuai kapten pasukan iaitu Ziv. Pasukan ini percaya bahawa kemahiran lebih kuat daripada hanya berkata-kata dan bertekad untuk menulis halaman baru dalam sejarah tahun ini dengan PCS.

Alpha Esports

Pasukan ini adalah dari Taipei dan ditubuhkan pada tahun 2017. Membuat debut di musim ke-9 LMS, pasukan ini berjaya menguatkan pasukan dan membawa ahli pasukan baru untuk PCS ini.

Berjaya Dragons

Salah satu pasukan termuda di rantau dan liga! Dan lebih mengejutkan mereka adalah dari Kuala Lumpur, Malaysia dan akan membawa bendera sebagai kebanggaan Malaysia! Disokong oleh konglomerat Malaysia, Berjaya Corporation Berhad, Berjaya Dragons bersedia untuk memberikan yang terbaik dan kenangan yang indah di liga ini nanti!

Machi Esports

Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh muzik dan hiburan Jeffrey Huang, Machi Esports telah lama bercita-cita untuk mewakili Taipei dalam adegan esport antarabangsa. Sebagai salah satu pasukan League of Legends yang pertama di rantau ini, Machi Esports telah menikmati banyak kejayaan antarabangsa.

J Team

Dimiliki oleh pemuzik/penyanyi terkenal Jay Chou, J Team menduduki tempat sebagai salah satu pasukan teratas di rantau ini hari ini dan percaya bahawa sesiapa berpotensi menjadi bintang. Mereka juga memenangi LMS Summer Split 2019 dan meraih tempat di World Championship Top 16.

Liyab Esports

Dahulu Mineski, kini Liyab! Pasukan gergasi dari Filipina ini sudah bersedia membawa serangan agresif mereka dari pemain DoeDoii yang menjadi Jungler terhebat di Filipina! Hat-hati kerana dengan agresif itu mereka sedang mengejar untuk kemenangan!

Nova Esports 

Menjadi nama yang hebat dalam permainan mobile sejak 2016, kini Nova Esports membawa pasukan permainan PC pula dari Bangkok Thailand ke PCS! Mengekalkan #NOVASTRONG , mereka memang ternyata pasukan yang kuat!

Resurgence

Ditubuhkan pada tahun 2017, Resurgence merupakan organisasi esports di Singapura yang terbesar! Diilhamkan oleh phoenix yang mengagumkan di logo pasukan mereka, Resurgence bersemangat untuk mewujudkan kesan positif dalam komuniti mereka dan memacu pertumbuhan esport di Singapura dan Asia Tenggara.

Talon

Sama seperti nama mereka, Talon adalah pasukan dari Hong Kong yang kini dahagakan kemenangan membuat debutnya di PCS tahun ini. Walaupun baru ke League of Legends , Talon bukanlah orang asing di tempat kejadian, setelah memenangi kejuaraan untuk banyak pertandingan yang kompetitif.

Jadi jangan lupa untuk terus dapatkan kemaskini di laman web rasmi PCS dan Facebook mereka. Anda semua jangan lupa untuk memberi semangat pada pasukan Berjaya Dragons dari Malaysia okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Berjaya DragonsEsportsLeague of legendsLeague of Legends Pacific Championship SeriesPCL
Previous Post

Team SMG melangkah masuk ke Asia Tenggara dengan pasukan Mobile Legends kompetitif!

Next Post

Ikut rentak lagu sambil berperang? Itu lah Patapon! Jom usha review Patapon 2 Remastered kami!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ikut rentak lagu sambil berperang? Itu lah Patapon! Jom usha review Patapon 2 Remastered kami!

Ikut rentak lagu sambil berperang? Itu lah Patapon! Jom usha review Patapon 2 Remastered kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd