Julai akan menjadi bulan yang penuh dengan berita gembira bagi peminat Digimon. Semalam, bahagian “Digimon Corner” di isu terbaru V-Jump berkata dan mengusik pembaca bahawa “sesuatu yang besar akan berlaku” di isu bulan depan majalah tersebut. Malangnya, butiran tentang apakah berita besar ini masih tidak didedahkan. Berita ini mungkin berkaitan dengan Digimon Survive, yang sudah lama kami tidak dengar berita sejak pertengahan 2018. Satu lagi kemungkinan ialah berita ini berkaitan dengan filem Digimon Adventure yang bakal keluar pada tahun 2020.
New Digimon Adventure Film Releases Early Spring 2020 In Japan, Here’s Its First Teaser Image https://t.co/YVlJyeaOrA pic.twitter.com/nUGpArIlkM
— 脱走兵 (@GameZineTeam) March 6, 2019
Seperti yang anda semua tahu, Digimon Survive dijangka keluar pada tahun ini. Ini bermaksud kemungkinan untuk menerima berita tentang game ini sangat tinggi pada bulan depan. Buat masa ini, tidak banyak yang kami tahu, tetapi Bandai Namco telah memberi pandangan mereka tentang permainan video ini.
Sempena ulang tahun ke-20 anime Digimon, Digimon Survive memberi peminat peluang untuk menyertai pengembaraan baru di dunia misteri bersama watak yang direka oleh Uichi Ukumo, dan muzik daripada Tomoki Miyoshi yang terkenal.
Digimon Survive berkisarkan kumpulan remaja, yang diketuai oleh Takuma Momozuka. Kumpulan remaja ini telah sesat semasa school camping trip dan di-transport ke alam lain yang bahay dan dipenuhi raksasa. Ketika mereka berlawan untuk cari jalan pulang melalui alam yang penuh dengan keputusan sukar dan pertarungan sengit, pilihan pemain sepanjang jalan cerita akan mempengaruhi evolution monster allies, dan final ending. Pertarungan ialah dalam bentuk 2D, dalam style klasik SRPG.”
Digimon Survive di dalam development untuk PS4, Xbox One, PC, dan Nintendo Switch. Pada saat artikel ini ditulis, tiada berita tambahan tentang apa-apa port lain. Selain itu, tiada maklumat tentang tarikh keluaran game ini, tetapi kami tahu game ini akan keluar pada tahun.
Sumber – Siliconera
@gamersantaimy
Discussion about this post