Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bergambar bersama Rot menggunakan Mod Foto dalam Kena: Bridge of Spirits!

Maira by Maira
September 21, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Genre, PC, PS4, PS5, Single Player
0 0
0
Bergambar bersama Rot menggunakan Mod Foto dalam Kena: Bridge of Spirits!
Share on FacebookShare on Twitter

Menantikan pelancaran versi PlayStation, Kena: Bridge of Spirits pada 21 September, Ember Lab sangat teruja untuk mengumumkan satu ciri khas yang telah disimpan selama ini iaitu Mod Foto!

Anda boleh mengaktifkan mod foto sepanjang pengembaraan anda dan menangkap gambar epik dan comel semasa perjalanan! Karakter termasuk Rot akan berhenti secara automatik setelah anda memasuki mod foto, tetapi anda boleh “resume action” untuk menggerakkan mereka kembali. Semasa anda menggerakkan kamera, mereka akan memberikan perhatian kepada anda; mengikut dan berinteraksi dengan kamera semasa anda membuat tangkapan sempurna anda.

Bahagian kegemaran kami ialah butang CHEESE! Setelah anda mengatur sudut foto anda, anda akan mempunyai pilihan untuk watak dalam foto tersebut mengatakan “CHEESE!” dan melakukan pose. Banyak watak mempunyai pelbagai pose, jadi jangan lepaskan peluang untuk menangkap pelbagai gambar menarik di lokasi yang sama! Ini juga cara yang menyeronokkan untuk mengenali watak-watak dengan lebih baik.

Membangunkan mod foto dan fungsi Cheese! merupakan peluang animasi yang menarik untuk Ember Lab! Fungsi ini bukan sahaja memperkenalkan elemen hiburan lain untuk pemain, tetapi juga membolehkan mereka mempamerkan keperibadian watak ketika menghasilkan setiap pose yang unik.

Sepanjang pembangunan Kena: Bridge of Spirits, begitu banyak fokus telah digunakan untuk membuat cerita yang dinamik, aksi epik dan animasi pertempuran, dan adegan yang indah, tetapi Ember Lab juga ingin memberi tumpuan kepada watak-watak ketika mereka berehat. Siapakah mereka ketika bercuti? Adakah mereka sedikit pemalu atau sebaliknya? Ember Lab berharap bahawa peluang untuk bersama dengan setiap watak dalam saat singkat yang lebih damai dapat membantu anda jatuh cinta dengan watak-watak dalam dunia Kena.

Jadi kepada sesiapa yang suka menangkap foto dalam permainan, anda pasti akan suka mod foto yang ditambah dalam Kena: Bridge of Spirits. Kepada pemain PC, anda boleh dapatkan permainan ini melalui Epic Games Store. Anda boleh membaca liputan lain dari kami mengenai permainan ini dengan klik di sini.

Sumber: PlayStation Blog

Beli di sini
Kena: Bridge of Spirits
Release Date: 2021-08-24
Epic Games Store, PlayStation 4, PlayStation 5
Kena: Bridge of Spirits adalah permainan aksi-petualangan yang akan datang yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Ember Lab. Cerita ini mengikuti Kena, seorang pemandu semangat muda yang menggunakan kemampuan magisnya untuk membantu orang yang meninggal dunia bergerak dari dunia fizikal ke dunia roh. Permainan ini dipersembahkan melalui perspektif orang ketiga.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ember LabKena: Bridge of SpiritsPCPS4ps5
Previous Post

Buru raksasa bersama kerusi gaming Secretlab Monster Hunter Edition!

Next Post

Dragon Ball: Fusion mana paling kuat antara Gogeta vs Vegito?

Next Post
Dragon Ball: Fusion mana paling kuat antara Gogeta vs Vegito?

Dragon Ball: Fusion mana paling kuat antara Gogeta vs Vegito?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd