Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Belum pernah main Sausage Man? Ini perkara menarik yang akan buat anda ingin mencubanya!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 16, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Mobile, Platform, Real time strategy, Shooter
0 0
0
Belum pernah main Sausage Man? Ini perkara menarik yang akan buat anda ingin mencubanya!
Share on FacebookShare on Twitter

Sausage Man adalah permainan Battle Royale terkini yang sedang melonjak naik kerana ramai streamer terutamanya di Malaysia, Indonesia dan Singapura sudah mula beralih untuk memainkannya di stream. Dengan membawa gaya permainan seperti PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile, ia masih mempunyai identiti serta kelainan tersendiri yang menjadikannya popular sejak dilancarkan.

Game ini sudah pun tersedia untuk platform mobile bagi pengguna Android, dan anda boleh muat turunnya di Google PlayStore dan TapTap sekarang! Apa yang menariknya tentang game ini? Tanpa membuang masa, jom baca perkongsian kami mengenai kenapa anda perlu mencuba bermain Sausage Man!

Anda jadi sosej!

Kebanyakkan genre Battle Royale sekarang menampilkan pemain sebagai watak manusia yang dipakaikan dengan skin outfit hebat dan bergaya. Namun, di game ini anda akan bermain menjadi sosej yang sangat kelakar dan comel. Malah, ia juga mempunyai pelbagai jenis kostum unik dan aksesori menarik untuk anda padankan pada watak sosej.

Grafik ringkas 

Grafik Sausage Man mempunyai pelbagai corak dan tekstur yang ringkas serta pemandangan medan pertempurannya sangat menyerlah dengan warna-warni 3D. Walaupun tidak memiliki grafik canggih serta moden seperti Naraka: Bladepoint, tetapi ia masih dipersembahkan dengan sangat baik dan terperinci, terutama jika anda menggunakan spesifikasi peranti yang sesuai. Ia juga mempunyai rekaan yang minimalis dan tidak rumit, seperti tekstur senjata, kenderaan serta skin untuk sosej anda.

Pelbagai pilihan senjata 

Di Sausage Man, pemain boleh menggunakan pelbagai pilihan senjata yang sesuai dengan gaya gameplay mereka. Hampir ke semua senjata disini hampir sama dengan senjata yang ada di PUBG Mobile seperti SMG, Assault Riffle, Sniper, Shotgun dan Pistol. Jadi pemain dari game tersebut tidak akan ada masalah untuk bermain Sausage Man kerana sudah tahu kelebihan setiap senjata.

Barang unik dan magic untuk menguasai pertempuran!

Biasanya di game Battle Royale, kita hanya banyak memfokuskan pada penggunaan senjata berat untuk bertempur. Di game ini, anda boleh bermain menggunakan item seperti Grenade Max, Healing Grenade, Wormhole Grenade, Bobo, Teleport Cannon dan Fireball bagi merancakkan lagi medan pertempuran.  Anda boleh menjumpai item-item ini di mod Classic atau Training Party, dan jika pemain sudah tahu bagaimana setiap item magic berfungsi, mereka pasti boleh menguasai pertempuran.

Istimewanya Sausage Man adalah ia mempunyai item unik seperti Building Block, Colossal Mushroom dan Hock untuk membantu pemain bergerak ke tempat yang jauh, tinggi dan tidak mudah dicapai. Contoh seperti Colossal Mushroom, ia membolehkan pemain menjadi saiz gergasi dan mendapat tambahan 60 HP. Dengan menggunakan item seperti ini, pasti anda dapat menghasilkan gameplay lebih kreatif dan boleh membuat perangkap untuk musuh di kawasan pertempuran

Selain itu, game ini turut memiliki dua kad magic, iaitu Sweetheart Legend Card dan Shadow Warrior Legend Card serta sangat berguna dalam pertempuran. Sweetheart Legend Card memberi pemain kemahiran untuk memulihkan HP mereka dan menghidupkan semula rakan sepasukan. Manakala Shadow Warrior Legend Card pula memberikan kemahiran seperti Hock dan menjelmakan bayangan untuk mengenakan pihak musuh.

Boleh naik naga

Kalau dekat PUBG Mobile, pemain hanya boleh menaiki kereta, jeep, motorsikal dan bot, tetapi dekat Sausage Man mereka memberikan anda peluang untuk menunggang Silly Dragon! Naga besar comel ini bukan sahaja boleh ditunggang, malah ia juga memberikan anda kelebihan untuk membunuh musuh dengan mudah. Namun, Silly Dragon hanya boleh dijumpai di mod Classic Party dan lokasinya sangat rawak, jadi anda perlu sentiasa peka dengan isyarat “The Mysterious Item Has Appeared“ pada skrin in-game bagi mendapatkannya.

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai perkara menarik yang ada di Sausage Man. Bagi peminat Battle Royale, saya mencadangkan anda untuk mencuba bermainnya jika menginginkan sesuatu yang baru dari genre ini.  Ikuti perkembangan terkini dari Sausage Man menerusi saluran rasmi mereka seperti Discord, Facebook, Twitter, Tiktok, Youtube dan Instagram.

Muat turun di sini
Sausage Man
Release Date: 2021-06-29
Android, iOS
Sausage Man adalah permainan kartun, permainan menembak yang kompetitif, battle royale yang menampilkan sosis sebagai protagonis. Ini adalah permainan yang boleh anda mulakan dengan mudah dan bermain kapan saja, di mana sahaja. Anda akan bermain sebagai sosej yang lucu dan menggemaskan dan bertarung dalam pertempuran tinggi-oktana, penuh imaginasi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Androidbattle royaleSausage Man
Previous Post

Monster Hunter Stories 2: Cara-cara dapatkan Palamute!

Next Post

[Review] Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin spin-off terbaik untuk beginner JRPG

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
[Review] Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin spin-off terbaik untuk beginner JRPG

[Review] Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin spin-off terbaik untuk beginner JRPG

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd