Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas penterjemah Jujutsu Kaisen dihukum 10 tahun penjara atas tuduhan “pemangsa kanak-kanak”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bekas penterjemah Jujutsu Kaisen dihukum 10 tahun penjara atas tuduhan “pemangsa kanak-kanak”
Share on FacebookShare on Twitter

Stefan Koza (35), bekas penterjemah untuk manga Jujutsu Kaisen, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana memiliki dan mengedarkan pornografi kanak-kanak serta tuduhan sebagai “pemangsa kanak-kanak”.

Stefan Koza

Dilaporkan oleh Anime News Network, Stefan Koza, didapati bersalah atas lapan pertuduhan memiliki pornografi kanak-kanak (setiap pertuduhan untuk setiap video berasingan). Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, tetapi bekas penterjemah Jujutsu Kaisen tersebut, akan menjalani hukumannya secara serentak. Ini bermakna jumlahnya bukan 80 tahun, tetapi hanya 10 tahun sahaja.

Hukumannya juga digantung selama lima tahun. Koza akan berada dalam tempoh “probation” selama hukuman lima tahun itu di mana dia perlu menjalani kaunseling kesihatan mental, mendaftarkan dirinya dalam senarai pesalah jenayah seksual di negeri Virginia dan memasuki serta menyelesaikan rawatan. Dia tidak dibenarkan mengakses apa-apa peranti yang mempunyai Internet, kamera dan peranti rakaman visual dan perlu membayar semua kos yang berkaitan dengan duitnya sendiri.

Sejarah jenayahnya

Jabatan Polis Herndon Virginia datang ke kediaman Koza dengan sebuah waran pada 14 Disember 2020. Koza dilaporkan menghubungi 911 sebelum menanggalkan bahagian komputer, lalu keluar melalui ruang bawah tanah dan berlari ke arah hutan untuk membuang bahagian itu.

Dia pulang ke rumah, di mana polis menahan Koza kerana disyaki memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak. Sehari kemudian, mahkamah membebaskan Koza tanpa memerlukan dia membayar ikat jamin. Namun, Koza perlu menandatangani perjanjian bertulis untuk hadir ke mahkamah pada tarikh kemudian dan bersetuju untuk tidak berhubung dengan mana-mana kanak-kanak bawah umur serta tidak menggunakan Internet.

Ini merupakan kali kedua Koza ditangkap atas tuduhan pemangsa seksual.

Kredit: imtmphoto

Pada 2014, semasa menjadi penolong guru bahasa di sebuah sekolah rendah di Kami, Miyagi, polis menahan Koza kerana didakwa menceroboh dan secara rahsia merakam bilik persalinan perempuan menggunakan kamera GoPro. Di mesyuarat antara kakitangan, Koza mengakui dia memiliki kamera itu tetapi telah kehilangan barang tersebut kira-kira sebulan lepas. Pihak berkuasa Jepun meletakkannya dalam tempoh percubaan selama tiga tahun, dan Koza dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Kisah hidupnya sebagai penterjemah

Sumber: LinkedIn

Koza, yang turut menggunakan nama pena “Steady” dan “Steady Studios”, ialah penterjemah bahasa Inggeris untuk beberapa manga Shonen Jump termasuk Jujutsu Kaisen, Ghost Reaper Girl, We Never Learn dan Tokyo Shinobi Squad. Dia bekerja sebagai penterjemah manga bebas untuk Viz Media sejak Januari 2018 tetapi mereka kini tidak mempunyai apa-apa kaitan sejak ditangkap pada 2020.


Baca segala berita kami tentang Jujutsu Kaisen di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJujutsu Kaisenmanga
ShareTweetSend
Previous Post

Penantian berakhir! Overwatch 2 bakal keluarkan PvE Mode pada Season 6!

Next Post

SEGA Ingin Adaptasi IP Lain Kepada Filem Jika Diberi Peluang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
SEGA Ingin Adaptasi IP Lain Kepada Filem Jika Diberi Peluang

SEGA Ingin Adaptasi IP Lain Kepada Filem Jika Diberi Peluang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd