Terbaru, Nintendo mengeluarkan video trailer baru bagi Bayonetta 3 bersama-sama tarikh pelancaran bagi Nintendo Switch iaitu pada 28 Oktober 2022. Dibangunkan oleh PlatinumGames, ia merupakan game ketiga dalam francais Bayonetta.
Game ini membuat penampilan kali pertama pada tahun 2017 dan senyap selepas itu. Namun, mereka kembali dengan memberikan trailer pada tahun lepas dan kini mengeluarkan tarikh rasmi bagi pelancaran Bayonetta 3. \
Dalam game kali ini, Umbra Witch akan bergabung tenaga dengan watak-watak yang dikenali ramai, Viola misteri dan banyak lagi Bayonetta lain untuk menghentikan Homunculi daripada membuat malapetaka kepada dunia. Pemain akan menggunakan senjata Bayonetta dan ability Demon Masquerade untuk membuat serangan kombo over-the -top yang hebat.

Pengembaraan dalam game kali ini akan membawa anda berjumpa dengan watak baru iaitu:
- A Bounty of Bayonettas
- Bertemu kumpulan Bayonettas yang sebenar, setiap dari mereka sudah pasti akan jadi lebih hebat. Bertarung di jalanan Tokyo, pergunungan China dan banyak lagi. Ketahui sama ada “arcane alliance” dapat menyelamatkan manusia dan apakah nasib yang menanti sekumpulan Bayonettas ini.
- Rough Up Rivals as Viola
- Pemain boleh bermain sebagai ahli sihir Viola di mana dia telah bersedia untuk melepaskan kuasanya terhadap Homunculi dengan pedang dan “feline demon” Cheshire.
Terdapat juga edisi lain untuk peminat Bayonetta 3 iaitu Trinity Masquerade yang boleh didapatkan melalui kedai terpilih dan My Nintendo Store. Dalam edisi ini, mereka akan memberikan art book yang mempunyai 200 muka surat berwarna dan bekas game Bayonetta trilogy yang boleh digabungkan menjadi artwork panorama yang cantik. Buat masa sekarang, mereka tidak mengeluarkan tarikh untuk membuat pembelian kepada edisi ini.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Bayonetta 3 dijadualkan akan keluar pada 28 Oktober 2022 di Nintendo Switch sahaja. Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat Bayonetta berakhir. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Bayonetta, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post