Sekarang ni, kalau sembang pasal crossover atau kolaborasi, memang banyak lagi-lagi yang berkaitan game dan anime bersama barang-barang kegunaan harian. Terbaru, Ryu dan Chun-Li dari permainan fighting popular Street Fighter oleh Capcom, nampaknya membawa dunia pertempuran mereka kepada peminat agar menjadi kool seperti mereka dalam kolaborasi terbaru untuk wangian Davidoff! Iya inilah kolaborasi terbaru Street Fighter X Davidoff!
Davidoff – pembekal cecair wangian yang berkualiti dari Switzerland ini, nampaknya membuang sementara model-model seksi atau berbadan sado kepada produk tebaru, kerana dengan kolaborasi Capcom bersama mereka, sepasang wangian menampilkan hero Street Fighter Ryu dan Chun-Li. Jadi agaknya, seperti apa bau eau de toilettes ini kan? Aroma bersahaja, keras, atau dengan sentuhan bunga-bungaan, mungkin?
Don’t miss the encounter of these two legends and celebrate your sense of cool with the Davidoff Cool Water New Champion Edition fragrances available now! #DavidoffCoolWater #CoolestChampion #SFVCE
🌊 https://t.co/CZDQ7y37RF pic.twitter.com/4sx9mwwD99
— Street Fighter (@StreetFighter) April 28, 2021
Berikut adalah beberapa ekstrak pilihan pada wangian ini:
Dibuka dengan nada mandarin hijau yang mengagumkan memperlihatkan keasyikan dan aksen berkilau, ia bersatu dan menjadi nada hati lada hitam yang menawan dan menambah kejantanan yang kuat dan khas …
Gabungan tonik dan kekuatan segar yang sempurna menggambarkan gaya bertarung Ryu yang hebat!
Davidoff Cool Water Street Fighter V: Champion Edition memerlukan rakan sparing, rakan kaunter yang setimpal dengan keberaniannya, dibotolkan sebagai sejambak bunga sitrus yang mempesona.
Dibuat selaras dengan wangian maskulin, ia berasaskan buah mandarin segar dan buah pir yang segar. Tanda tuberose yang berkrim memberikan aroma segar ini dengan kesan sensual dan kekal.
Menggabungkan tenaga dan rahmat yang murni, minyak wangi itu menampilkan kehebatan Chun-Li!
Lagipun, ini bukanlah pertama kali Capcom secara rasmi menghasilkan crossover minyak wangi. Sebelum ini, pada tahu 2018, Capcom telah bekerjasama dengan Everlast Fragrances – sebuah syarikat yang memang terkenal dalam peninju.
Jadi, ya. Minyak wangi Street Fighter – bukanlah gurauan dan ianya barang mahal dari pengeluar yang terkenal. Jangan tiba-tiba firasat tu nak tahu bau kaki Lady Dimitresu pula ye! Mana lah tahu, Capcom pakar pula kolaborasi menarik serbegini sehingga dapat menampilkan bau watak dalam permainan kan! Tak sabar pula nak bau sendiri Street Fighter X Davidoff kat lubang hidung ni. Nak gak cuba pakai kan~
Sumber: Capcom; Davidoff; Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post