Selepas menunggu sekian lama, Battlefield 2042 akan dilancarkan secara rasmi pada hari esok dan bersamanya, EA telah mendedahkan kalendar, sesi akses awal dan spec sistem untuk PC yang dikatakan lebih “demanding”.
Sesi akses awal untuk Battlefield 2042 akan bermula pada hari Jumaat, 12 November jam 12 pagi. Walau bagaimanapun, Edisi standard akan dilancarkan pada 19 November. Jika anda telah membuat pra-pesanan untuk Gold Edition dan Ultimate Edition atau melanggan pada EA Play Pro, game ini membenarkan anda untuk mula bermain seminggu lebih awal. Bagi mereka yang berminat, anda boleh membeli kedua-dua edisi di Steam, Origin atau Epic Games Store.
Spesifikasi sistem Battlefield 2042 di PC
Dengan pengumuman akses awal, Battlefield 2042 turut mengeluarkan spesifikasi sistem untuk pengguna PC. Selepas mengadakan ujian beta pada awal bulan lepas, nampaknya beberapa perkara perlu ditukar. Sekarang, komuniti boleh menyemak dengan lebih jelas sama ada PC anda serasi dengan permainan atau tidak.
Minimum System Requirement | Recommended System Requirement | |
OS | Windows 10 64-Bit | Windows 10 64-Bit |
GPU | Nvidia GeForce GTX 1050 Ti or AMD Radeon RX 560 | Nvidia GeForce RTX 3060 or AMD Radeon RX 6600 XT |
CPU | AMD Ryzen 5 1600 or Intel Core i5 6600K | AMD Ryzen 7 2700X or Intel Core i7 4790 |
RAM | 8GB | 16GB |
Video Memory | 4GB | 8GB |
Storage | 100GB | 100GB SSD |
DirectX | 12 | 12 |

Seperti yang awak semua dapat lihat di gambar atas, spec PC untuk Battlefield 2042 kini jauh lebih “demanding”. Sebelum ini, EA mencadangkan kita untuk memakai Nvidia GeForce RTX 2060 atau AMD Radeon RX 5600 XT untuk mencapai resolusi 1080p pada 60fps dengan lancar, tetapi kini telah meningkatkannya kepada GPU RTX 30 Series. Ini bukan berita yang bagus, memandangkan ramai yang masih bergelut untuk mendapatkan GPU baru.
Apa pendapat anda? Adakah PC anda cukup bagus untuk bermain Battlefield 2042? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post