Wah nampaknya kemaskini terkini untuk Call of Duty Mobile (COD Mobile) telah pun diumumkan pleh Activision di Reddit mereka! Dan kali ini, mod zombie telah mendapat tarikh pelancaranya, Battle Pass musim pertama hampir ke penghujungnya dan peta terbaru menjadi perhatian kami!
Battle Pass terbaru ini akan dibanjiri loot-loot terbaru, gear baru dan pelbagai lagi untuk anda berdiri megah dilapangan! Battle Pass musim pertama ini akan berakhir 24 November ini dan anda harus bersiap sedia untuk misi terbaru bagi pas bermusim ini bermula 25 November 2019 ini!
Penantian anda juga hampir berakhir! Ingat lagi minggu lalu kami menyatakan mod Zombi akan datang dalam masa terdekat di COD Mobile? Iya, nampaknya Activision juga mengumkan bahawa mod Zombi ini akan datang kedalam COD Mobile anda bermula 22 November ini!
Ciri permainan mod Zombi masih lagi belum dikongsikan lagi oleh Actvision, tetapi terdapat spekulasi bahawa ia akan memaparkan sistem perkembangan berasaskan tahap, seperti beberapa ujian Beta yang hadir.
https://twitter.com/PlayCODMobile/status/1195475672191258624
Wow tak sabar nak nantikan 22 November ini untuk mod Zombi kan? Bukan terhenti disitu, nampaknya akan ada peta klasik yang jika anda seorang peminat Call of Duty: Black Ops pasti kenal dengan peta tersebut! Peta kompleks gunung bersalji nampaknya akan datang juga ke dalam kemaskini yang akan datang ni! Tetapi tarikh nya masih belum diumumkan lagi.
Seperti yang peminat COD Mobile tahu sendiri, mereka telah melepaskan mod permainan untuk masa yang terhad dan berputar dengan kerap. Activision mahu pemain menunjukkan kepada pemaju mod permainan apa yang mereka sukakan. Ini akan menjadi cara terbaik untuk menghidupkan mod permainan masa terhad menjadi mod permainan yang penuh.
Activision menawarkan tip seperti memainkan mod masa terhad pada masa yang banyak apabila ia tersedia, serta memotivasi kawan-kawan dan ahli clan untuk memainkannya. Untuk mod masa terhad menjadi mod permainan sepenuh masa, Activision akan melihat dahulu jika permintaan kepada mod-mod tersebut adalah tinggi dan memuaskan.
Okay, jom lihat secara senarai keseluruhan acara yang akan hadir pada minggu ini;
https://www.facebook.com/callofdutymobile/videos/799347400479406/
- Call of Duty Endowment Pack akan berakhir hari ini
- November 15 – November 21 – Sniper Only Event dan Challenge
- November 15 – November 24 – Molotov Cocktail Event
- November 16 – November 24 – Weaponry Mastery – Multiplayer
- November 22 – Mod Zombi hadir
- November 25 – Battle Pass musim ke-2 bermula!
Menarik kan semua kemaskini ini? Sebab itulah permainan kegemaran anda ini kini telah tercalon dalam Google Play Users’ Choice Game 2019! Gempak kan? Pada anda yang masih belum memuat turun Call of Duty Mobile, jangan lupa untuk muat turun di Android ataupun iOS.

@gamersantaimy
Discussion about this post