Hari ini, Nintendo dan Monolith Soft telah mengumumkan JRPG baharu Baten Kaitos I & II HD Remaster untuk platform Nintendo Switch. Merupakan remaster untuk dua game klasik, judul ini akan dilancarkan pada Musim Panas 2023.
Berikut adalah trailer rasmi:
Seperti saya kata tadi, game ini menggabungkan dua judul klasik pada era GameCube; Baten Kaitos: Eternal Wings and the Lost Ocean (2003) dengan prekuel Baten Kaitos Origins (2006), untuk menjadi judul Remaster bagi platform moden.

Secara am, kita akan mengambil peranan sebagai ‘Guardian Spirit’ dan membimbing setiap protagonis daripada game masing-masing serta rakan mereka mengharungi sebuah pengembaraan unik. Di sini, pemain berpeluang untuk mengalami kisah emosi dan sistem RPG berasaskan kad yang membuatkan siri Baten Kaitos terkenal.

Untuk judul kali ini, grafik telah dikemas kini dan pelbagai ciri baharu ditambah untuk membantu kita maju di dalam game. Berkat perubahan ini, game Baten Kaitos kini lebih mudah untuk dimainkan berbanding versi sebelum. Antara ciri-ciri adalah:
- Enam Parameter yang boleh dilaras
- Ubah parameter di dalam game termasuk kelajuan permainan, pertemuan musuh rawak, auto-battle dan lain-lain. Ini boleh dilaraskan pada bila-bila masa dan merangkumi berikut:
- Tiada pertemuan musuh: Matikan pertemuan musuh rawak
- Instant KO: Musuh dikalahkan dengan satu serangan
- Kelajuan permainan: Pilih daripada tiga pilihan (100%, 200% dan 300%)
- Kelajuan pertempuran: Pilih daripada tiga pilihan (100%, 200% dan 300%)
- Auto-battle: Pertempuran dimainkan secara automatik
- Ubah parameter di dalam game termasuk kelajuan permainan, pertemuan musuh rawak, auto-battle dan lain-lain. Ini boleh dilaraskan pada bila-bila masa dan merangkumi berikut:
- Ciri Autosave
- Ciri Help
- Baca semula cara-cara bermain daripada menu sistem.
- Mode “NEW GAME +”
- Mode ini membolehkan anda memulakan semula game selepas menamatkan sekali sambil mengekalkan semua level, rank dan Magnus.
- Mode “NEW GAME BARU -“
- Mode ini menambah sejumlah sekatan pada game untuk memberi cabaran yang lebih sukar.

Baten Kaitos I & II HD Remaster akan tiba di Nintendo Switch pada Musim Panas 2023. Malangnya, tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post