Game mobile berkontroversi ‘Diablo Immortal’ baru sahaja tersedia di Asia pada 7 Julai lalu, jadi bagaimanakah sambutan game ini di rantau kita? Menurut info, Diablo Immortal berjaya meraih keuntungan sebanyak RM7 juta di Asia dan ini baru satu minggu selepas pelancaran.
Melalui data oleh AppMagic, Diablo Immortal telah dimuat turun lebih 790 ribu kali dalam tempoh satu minggu sahaja dan secara langsung menjadi salah satu game mobile terbesar Blizzard, di belakang Hearthstone.
Melalui total muat turun pada satu minggu tersebut, Diablo berjaya mendapat keuntungan sebanyak USD $1.6 juta (anggaran RM 7.2 juta) di rantau Asia.


Game ini amat popular di Taiwan, dengan jumlah keuntungan USD $618,358 (anggaran RM 2.7 juta) dan jumlah muat turun 100,559. Ini diikuti oleh Hong Kong dengan jumlah keuntungan USD $363,272 (anggaran RM 1.6 juta) dan jumlah muat turun 54,093.
Di tempat ketiga adalah Singapura – walaupun jumlah penduduk tidak ramai berbanding negara lain di senarai ini, ia berjaya mencatat nilai keuntungan USD $175,509 (anggaran RM 781 ribu sedangkan total muat turun hanya 24,493.
Bagaimana dengan negara kita? Menarik sekali ialah Malaysia berada dalam senarai ‘Top 5’ di mana jumlah nilai yang dicatat adalah USD $141,392 (anggaran RM 629 ribu) dari segi keuntungan dan muat turun sebanyak 82.875. Menurut analisis, game ini juga sama-sama popular di antara pengguna Apple dan Android.

Walaupun game ini berjalan baik dari segi kewangan, Diablo Immortal tetap menerima respon campuran negatif/positif daripada pengkritik dan peminat kerana sistem mikrotransaksi yang dilabel sebagai “pemangsa”.
Jika nak ikutkan, game ini memang seronok lagi-lagi kempen jalan cerita, tetapi sebaik sahaja kita mencapai fasa end-game – semua orang akan grinding tanpa henti untuk mendapatkan loot baik.

Masalahnya, ramai yang mengadu aspek grinding agak melampau dan game seolah-olah mengisyaratkan pemain untuk membelanjakan wang tunai sebenar bagi mendapatkan barang.
Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
*Data diambil dari 7 Julai 2022 hingga 13 Julai 2022 melalui AppMagic*
*Kadar pertukaran USD ke RM telah dibundarkan dan mengikut data 15 Julai 2022*
Untuk segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post