Sebuah berita mengejutkan diterima malam tadi apabila di laman sosial media rasmi Todak sebuah jenama bagi barangan gaming dan juga merupakan sebuah pasukan esports nampaknya mengumumkan pasukan Todak MLBB atau pasukan Mobile Legends: Bang Bang mereka dibubarkan secara rasmi.
Sebab yang dinyatakan dari Ashi yang merupakan Pengurus bagi pasukan Todak MLBB adalah momentum mereka telah merundum ketika perlawanan MPL MY/SG musim ke-5 yang telah melabuhkan tirai baru-baru ini. MPL musim ke-5 adalah acara tahunan daripada Moonton dan dianjurkan oleh eGG.
Berikut adalah perkongsian pengumuman yang dinyatakan;
Assalamualaikum, dan salam sejahtera buat semua peminat pasukan Todak MLBB.
Saya Ashi, Pengurus pasukan Todak MLBB. Seperti yang semua telah sedia maklum, Mobile Legends Professional League atau lebih dikenali sebag
apkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong pasukan kami kerana dengan sokongan yang padu dari anda semualah yang membolehkan kami berada di mana kami berada sekarang.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan secara rasmi mengenai PEMBUBARAN barisan pemain Todak MLBB yang akan berkesan secara serta merta. Sebagai sebuah pasukan yang telah bertanding di peringkat antarabangsa, adalah penting bagi kami untuk meneruskan momentum kejayaan kami. Akan tetapi, prestasi kami pada MPL musim ke-5 adalah tidak memuaskan dan kami berasa kesal terhadap apa yang telah berlaku.
Jadi menerusi pembubaran barisan pemain ini, saya berharap perubahan positif dapat dilakukan dan sekaligus dapat memperbaiki prestasi permainan kami.
Saya berharap kepada para penyokong, teruskan menyokong kami agar kami dapat bangkit semula dalam pertandingan-pertandingan di masa hadapan. Breaking the Limits.
Ashi.

Antara pemain pasukan Todak MLBB adalah Moonnnnnn, Cikuuuuuu, Xrayyyyyy, Nenassssss dan lain-lain merupakan sebuah pasukan yang sangat berbakat dan mungkin rezeki mereka hanya sampai disini dengan Todak MLBB dan ada rezeki dari pasukan esports yang lain menanti mereka. Apa-apa pun kami dari Gamer Santai mengucapkan semoga maju jaya dengan pilihan pemain pro selepas ini kepada Todak MLBB dan juga kepada bekas pasukan Todak MLBB untuk terus sukses dengan pilihan seterusnya.
Sumber: FB TODAK

@gamersantaimy
Discussion about this post