Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Game Yang Wataknya Direka oleh Akira Toriyama, Pencipta Dragon Ball!

Maira by Maira
March 8, 2024
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game, Senarai
0 0
0
Barisan Game Yang Wataknya Direka oleh Akira Toriyama, Pencipta Dragon Ball!
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai mengenali Akira Toriyama dengan karya manganya seperti Dragon Ball dan Dr. Slump. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mencipta berpuluh siri manga sepanjang 45 tahun di dalam industri. Kalau anda ingin tahu, Toriyama juga terkenal dalam dunia gaming dengan reka bentuk wataknya dalam beberapa game terkenal seperti siri Dragon Quest dan juga Chrono Trigger. Jom kami perkenalkan kepada anda beberapa game di mana Akira Toriyama terlibat secara langsung dalam penghasilan watak!

Siri Dragon Quest

Sumber: Square Enix

Percaya atau tidak, slime ikonik yang ada dalam game Dragon Quest sebenarnya dihasilkan oleh Toriyama-sensei. Sehingga sekarang slime tersebut dikenali ramai malah menjadi maskot untuk siri game tersebut. Bukan setakat itu sahaja, Toriyama-sensei kekal sebagai pereka watak untuk siri ini sehinggalah entri ke-11 game.

Chrono Trigger

Sumber: Square Enix

Satu lagi game popular malah ikonik sehingga sekarang. Chrono Trigger berjaya menangkap perhatian ramai pemain dengan watak serta ceritanya. Toriyama-sensei telah bertanggungjawab dalam mereka bentuk watak serta setting untuk game tersebut.

Siri Blue Dragon

Kalau anda pernah menonton siri anime Blue Dragon, ia sebenarnya adaptasi daripada game dengan tajuk yang sama. Watak-watak dalam game serta anime telah pun direka oleh Toriyama-sensei.

Siri Tobal

Game fighting oleh Square ini turut mendapat barisan watak-watak yang direka oleh Akira Toriyama. Lihat sahaja pada cover game, kita sudah boleh nampak gaya lukisan ikoniknya.

Siri Dragon Ball

Selain daripada watak asal sirinya tersendiri, Toriyama-sensei turut mencipta watak-watak baru yang muncul dalam game seperti Shallot, Zahha, Android 21 dan banyak lagi.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Siri game mana yang anda telah mainkan dalam senarai ini? Boleh kongsikan di ruang komen. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: akira toriyamaGame
ShareTweetSend
Previous Post

Yu-Gi-Oh World Championship 2024 akan diadakan di Amerika Syarikat pada September Ini!

Next Post

Pre-Order MSI Claw Bermula 9 Mac 2024, Harga Bermula RM 3,499!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pre-Order MSI Claw Bermula 9 Mac 2024, Harga Bermula RM 3,499!

Pre-Order MSI Claw Bermula 9 Mac 2024, Harga Bermula RM 3,499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd