Mesti ramai yang tertanya-tanya game baru apa yang akan keluar pada bulan Julai 2023? Kami ada lihat beberapa game menarik yang kami boleh syorkan untuk anda cuba nanti. Antaranya Exoprimal, Ratchet & Clank: Rift Apart dan banyak lagi! Jom kita tengok game gempak lain yang akan keluar sepanjang Julai 2023!
The Legend of Heroes: Trails into Reverie — 7 Julai [PS5, PS4, Nintendo Switch, PC]
Nasib antara tiga orang terkemuka Zemuria akan ditentukan dalam bab klimaks siri The Legend of Heroes! Ikuti jejak wira Rean Schwarzer, Lloyd Bannings, dan enigma bertopeng “C”, dan tukar laluan antara mereka secara bebas dengan sistem Crossroads.
Atelier Marie: The Alchemist of Salburg Remake — 13 Julai [PS5, PS4, Nintendo Switch, PC]
Game ini bukanlah mengenai menyelamatkan dunia. Dalam game “leisure adventure RPG”, Marie seorang pelajar yang hampir gagal belajar alkimia, mengembara dan menyelesaikan quest dengan berharap untuk tamat belajar dalam lima tahun. “Atelier Marie,” merupakan permulaan kepada siri Atelier, yang telah dihasilkan semula dengan elemen baharu.
Exoprimal — 14 Julai [PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, PC]
“Tahun 2040… Wabak dinosaur secara tiba-tiba telah melanda dunia dalam krisis yang mengancam kewujudan manusia. Namun semua harapan tidak hilang. Syarikat Aibius telah membangunkan AI canggih yang dipanggil Leviathan yang boleh meramalkan lokasi wabak masa depan. Teknologi ini, bersama-sama dengan sut berkuasa revolusioner Aibius, atau exosuit, memberi manusia peluang bertempur untuk membendung saurian yang berpusu-pusu. Exofighter kini mendapat permintaan tinggi. Ambil ujian bakat exofighter dan sertai barisan juruterbang heroik Aibius dalam perjuangan mereka untuk mengelakkan kepupusan manusia.”
Pikmin 4 — 21 Julai [Nintendo Switch]
Pikmin kembali dengan misi terbaru dalam Pikmin 4 untuk Nintendo Switch! Makhluk kecil seperti pokok ini tinggal di sebuah planet misteri. Tanam mereka, petik dan arahkan mereka sambil anda dalam perjalanan dalam dunia baharu dengan pertolongan mereka.
Remnant 2 — 25 Julai [PS5, Xbox Series, PC]
Remnant II merupakan sekuel kepada Remnant: From the Ashes, di mana manusia menentang makhluk ganas dan bos seperti dewa di dunia tersebut. Main secara solo atau co-op untuk meneroka dan menghentikan kuasa jahat daripada menghancurkan realiti. Untuk berjaya, pemain perlu bergantung kepada kebolehan masing-masing dan pasukan merekan untuk menangani cabaran yang paling susah.
Ratchet & Clank: Rift Apart — 26 Julai [PC]

“Mulakan pengembaraan antara dimensi bersama Ratchet dan Clank ketika mereka menentang maharaja jahat dari realiti lain. Pada masa yang sama, game ini mempunyai seorang lagi protagonis bernama Rivet di mana pemain harus mengawal kedua-dua watak melalui pelbagai dunia dan peringkat – sambil mengalahkan musuh dengan pelbagai senjata dan gajet unik.”
Disney’s Illusion Island — 28 Julai [Nintendo Switch]

“Fab Four, Mickey, Minnie, Donald, dan Goofy, telah dipanggil ke pulau misteri Monoth untuk memulakan misi berbahaya. Tiga Tomes ajaib—buku berkuasa yang digunakan untuk melindungi pulau itu telah diambil, menyebabkan Monoth huru-hara! Bersumpah untuk menjadi wira yang diperlukan oleh Monoth, Mickey & Friends memulakan pengembaraan untuk meneroka dunia yang luas dan tidak diketahui dan memulihkan buku mistik. Tetapi perjalanan itu tidak akan mudah, dan dengan tipu daya yang berlaku, tidak semuanya seperti yang kelihatan di “Illusion Island”!”
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game Julai 2023 mana yang anda tidak sabar untuk main? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post