Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Game Baru Yang Akan Tersedia Ogos Ini Di Xbox Game Pass! Ada Coffee Talk dan Midnight Fight Express!

Maira by Maira
August 17, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, PC, PC Game Pass
0 0
0
Barisan Game Baru Yang Akan Tersedia Ogos Ini Di Xbox Game Pass! Ada Coffee Talk dan Midnight Fight Express!
Share on FacebookShare on Twitter

Xbox Game Pass ada beratus game yang tersedia. Nampaknya ada lapan game baru yang akan tersedia nanti dalam Game Pass. Satu game sudah pun ditambahkan ke dalam katalog iaitu Coffee Talk, sebuah game indie daripada negara jiran. Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarai game baru yang akan tersedia dalam Xbox Game Pass.

Coffee Talk (Tersedia sekarang)

Coffee Talk merupakan game tentang mendengar masalah orang ramai dan membantu mereka dengan menghidangkan minuman panas. Ia adalah game yang menggambarkan kehidupan sebagai manusia, sambil mempunyai watak yang bukan juga manusia.

Midnight Fight Express (23 Ogos)

Anda adalah Babyface, bekas penjenayah yang terjerut kembali ke dunia itu oleh dron AI yang misteri. Misi anda menentang kemungkinan mustahil: Berjuang merentasi bandar sebelum matahari terbit, dan menghalang jenayah seluruh bandar bersama-sama.

Opus: Echo of Starsongs – Full Bloom Edition (25 Ogos)

Ini merupakan edisi definitif game adventure dengan gaya visual novel. Ia kini mempunyai lakonan suara serba baharu. Selami dan nikmati perjalanan antara galaksi yang melangkaui masa melalui cinta.

Exapunks (25 Ogos)

Sekarang tahun 1997. Dulu anda seorang penggodam tetapi sekarang anda mempunyai phage. Anda telah membuat perjanjian: Sekali hack, satu dos. Tiada apa-apa yang menghalang anda …kecuali nyawa anda. Exapunks merupakan game puzzle open-ended oleh Zachtronics, pencipta Ops Magnum, Shenzhen I/O, TIS-100 dan banyak lagi.

Commandos 3 – HD Remaster (30 Ogos)

Commandos 3 – HD Remaster menghantar anda ke medan perang Eropah tanpa henti. Lawan jalan anda melalui parit maut Stalingrad, kalahkan musuh Jerman di tengah-tengah fanatik Third Reich di Berlin, dan gunakan pengetahuan taktikal anda untuk bertahan dari penyerangan Normandy pada D-Day.

Immortals Fenyx Rising (30 Ogos)

Immortals Fenyx Rising membawa pengembaraan mitologi yang hebat. Bermain sebagai Fenyx, dewa baru bersayap dalam usaha menyelamatan tuhan Greek. Nasib dunia dipertaruhkan dan anda adalah harapan terakhir mereka.

Tinykin (30 Ogos)

Milo tiba di Bumi dan mendapati bahawa dia terlalu kecil, semua orang telah tiada, dan sehari pun belum berlalu sejak 1991! Bekerjasama dengan tinykin yang misteri dan gunakan kuasa unik mereka untuk mencipta tangga, jambatan, letupan dan banyak lagi! Cari jalan pulang melalui metropolis bersaiz semut yang luas dan bongkar misteri terbesar Bumi!

Immortality (30 Ogos)

Marissa Marcel boleh menjadi bintang terkenal. Dia telah membuat tiga filem, tetapi tiada satu pun pernah dikeluarkan. Kemudian Marissa Marcel menghilangkan diri. Terokai rakaman yang hilang dan buat laluan anda sendiri ke dunia penuh misteri dan temui perkara yang berlaku kepada Marissa Marcel dalam game interaktif daripada Sam Barlow, pencipta Her Story.

Sumber: Xbox

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game Pass Ogos 2022Xbox Game Pass
Previous Post

[Review] Rollerdrome – Rasai pengalaman sukan lasak baru dengan menembak

Next Post

ASUS umum Vivobook 15X OLED (CPU AMD Ryzen 5000), harga bermula RM 3,299

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ASUS umum Vivobook 15X OLED (CPU AMD Ryzen 5000), harga bermula RM 3,299

ASUS umum Vivobook 15X OLED (CPU AMD Ryzen 5000), harga bermula RM 3,299

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd