Selepas menyambut hari Merdeka Malaysia yang ke-65 dan bermulanya bulan September, terdapat banyak filem-filem hebat yang bakal ditayangkan di GSC Malaysia seperti Juang, Anak Rimau The Movie, Dragon Ball Super: Super Hero, One Piece FILM: RED dan banyak lagi.
Harap-harap, semua filem yang bakal ditayangkan pada bulan September 2022 tidak mengalami sebarang masalah. Jom, kita teruskan dengan senarai filem-filem gempak untuk bulan ini.
Anak Rimau The Movie – 1 September
Sekumpulan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang yang ingin mengapai impian menjadi pemain bola sepak. Pelbagai cabaran, konflik, suka dan duka yang ditempuhi oleh mereka.
Juang – 8 September
Filem Juang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku dalam situasi pandemik. Enam cerita digabungkan dalam satu filem. Berkisarkan tentang kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi.
Abang Long Fadil 3 – 8 September
Fadil kembali beraksi sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara (NSS; National Secret Service), dalam misi untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han sementara dia diburu oleh King Cobra kerana dendam lama.
Dragon Ball Super: Super Hero – 1 September
Dragon Ball Super: Super Hero akan memfokuskan pada Gohan dan Piccolo, dan ikatan yang telah dikongsi oleh mereka sejak Piccolo mula-mula melatih Gohan untuk mengawal kuasanya.
Filem ini akan menyaksikan kedua-duanya berhadapan dengan Red Ribbon Army baru, yang menculik Pan (anak perempuan Gohan) dan mencipta dua pahlawan android baharu, Gamma 1 dan Gamma 2. Disebabkan filem ini berlangsung selepas kejadian Broly, Goten, Trunks (dan juga Gotenks) dan Pan, telah semakin besar dan diberi reka bentuk baru untuk menggambarkan perkembangan masing-masing.
One Piece FILM: RED – 22 September
Confidential Assignment 2: International – 15 September
Ada Hantu 2 – 15 September
Selain itu terdapat juga dua movie yang kembali ditayangkan di GSC Malaysia iaitu Spider-Man: Now Way Home dan Avatar. Untuk pengetahuan korang, filem Spider-Man kali ini berbeza sedikit kerana ia telah menerima “extended cut” yang mempunyai banyak perkara yang lebih seronok didalamnya.

Selepas melihat senarai filem-filem gempak yang bakal ditayangkan di GSC Malaysia, mana satu pilihan korang untuk bulan September 2022? Kongsikan tajuk filem di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita mengenai filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post