Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan November 2022!

Maira by Maira
October 28, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix, Senarai
0 0
0
Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan November 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tontoni di Netflix November 2022 ini! Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarainya.

Enola Holmes 2 – 4 Nov

Enola mengambil kes rasmi pertamanya sebagai detektif, tetapi untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang gadis, dia memerlukan bantuan daripada rakan — dan abangnya Sherlock.

Lookism – 4 Nov

Daripada Webtoon kini ke versi animasi. Lookism merupakan adaptasi animasi daripada webtoon terkenal oleh Park Tae-joon. Anda akan mengikuti seorang pelajar sekolah yang terasing dalam sebuah masyarakat yang mementingkan rupa paras yang bagus. Dia kini hidup dengan dua identiti setelah tiba-tiba bangun dalam tubuh yang mempunyai rupa tampan.

Morbius – 11 Nov

Ahli biokimia Michael Morbius cuba menyembuhkan dirinya daripada penyakit darah yang amat jarang, tetapi apabila percubaannya gagal, dia secara tidak sengaja menjangkiti dirinya dengan sejenis unsur vampirisme.

The Lost Lotteries – 16 Nov

Sekumpulan lima orang asing yang tidak bernasib baik telah bergabung tenaga untuk mencuri semula tiket loteri yang memenangi wang berjuta-juta daripada bos mafia yang jahat.

1899 – 17 Nov

https://www.youtube.com/watch?v=p7OUQ9U2qIw

1899 mengikuti sekumpulan pendatang dari pelbagai latar belakang mengembara dari Eropah ke New York untuk mencari peluang baharu. Berlatarkan pada tahun 1899, penumpang di atas kapal ke New World belayar ke dalam mimpi ngeri apabila mereka mendapati kapal kedua hanyut di laut terbuka.

Yu-Gi-Oh! S1 – 18 Nov

Daripada francais game kad popular, Yu-Gi-Oh kini tiba di Netflix! Bersama-sama rakannya serta roh purba, Yugi Muto akan bertarung menentang Maximillion Pegasus, seorang jutawan untuk mendapatkan semula roh atuknya dalam sebuah perlawanan kad Duel Monster.

Wednesday – 23 Nov

https://www.youtube.com/watch?v=Q73UhUTs6y0

Pintar dan sarkastik, Wednesday Addams menyiasat pembunuhan sambil membuat kawan baharu — dan musuh — di Nevermore Academy.

Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk November 2022 di bawah:

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixNetflix November 2022
Previous Post

Game terbaik PlayStation dapat diskaun di Steam, promosi masa terhad!

Next Post

[Khabar Angin] Operator Neymar & Pogba bakal sertai COD Modern Warfare 2!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Operator Neymar & Pogba bakal sertai COD Modern Warfare 2!

[Khabar Angin] Operator Neymar & Pogba bakal sertai COD Modern Warfare 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd