Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barbie Review — Aura Seronok yang Menyerlah & Riang di Sebalik Krisis Kehidupan!

Maira by Maira
July 19, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
Barbie Review — Aura Seronok yang Menyerlah & Riang di Sebalik Krisis Kehidupan!

Kredit imej: Warner Bros. Pictures

Share on FacebookShare on Twitter

Dibesarkan dengan patung mainan seperti Barbie, serta telefon mainan yang selalunya mempunyai lagu tema Barbie, sudah tentu ia membuatkan kami teruja untuk menonton filem adaptasi berdasarkan IP hebat tersebut. Bayangkan betapa terujanya apabila dijemput untuk menonton filem itu lebih awal. Kami pasti anda pasti tertanya-tanya tentang apa yang disampaikan dalam filem tersebut. Jadi tanpa membuang masa, teruskan baca ulasan jujur kami untuk filem Barbie.

Kalau anda menonton trailer Barbie, percayalah apa yang anda tonton hanya sedikit daripada kandungan sebenar filem. Kita tahu bahawa Barbie akan ke dunia sebenar, meninggalkan Barbie World, dan pergi ke syarikat Mattel, penghasil patung Barbie dan sebagainya. Tetapi itu bukanlah perkara yang ingin disampaikan. Filem ini ada menyentuh beberapa topik seperti depresi, kemanusiaan dan hal-hal lain yang kita rasakan sebagai seorang dewasa. Walaupun begitu, tenaga yang disampaikan oleh semua pelakon sememangnya membuatkan filem ini seronok untuk ditonton.

Kredit: Warner Bros. Pictures

Kami memang tabik dengan cara pasukan produksi ini dalam menghasilkan plot yang agak relevan dengan perkara yang para wanita alami pada waktu ini, dan ia bukanlah dalam nada seperti syok sendiri. Barbis juga dipotret sebagai seseorang yang jujur dan baik. Skopnya agak kecil dan lebih tertumpu kepada pendedahan peribadi, menentang kritikan terhadap dunia di sekelilingnya. Ia sebuah filem Barbie, menceritakan tentang Barbie yang mendapat pendedahan baharu serta hubungan di sekelilingnya.

Kredit: Warner Bros. Pictures

Apa yang membuatkan seluruh filem ini terikat dengan baik adalah reka bentuk set perfilemannya. Barbie World dipersembahkan dengan penuh vibrant, penuh dengan rumah-rumah berwarna pink tanpa dinding, rollerskate neon dan sudah tentu ada pantai. Melihat klinik dibuka daripada ambulance, memang anda boleh lihat betapa telitinya set tersebut dihasilkan.

Kredit: Warner Bros. Pictures

Dunia sebenar juga dipersembahkan dengan reka bentuk menarik. Ianya tidak masuk akal tetapi ia masih kelihatan menarik, lebih-lebih lagi Mattle HQ. Ia kelihatan seperti set dalam cerita Matrix dengan sedikit kombinasi daripada komik. Tetapi ia masih mempunyai aura korporat padanya.

Kredit: Warner Bros. Pictures

Apabila kedua-dua dunia tersebut bergabung, selepas itu ditambah pula dengan muzikal serta tari-menari dalam filem, memang kami enjoy habis filem ini. Ia sememangnya satu pengalaman yang memuaskan. Mungkin ada yang tidak begitu minat dengan benda pelik yang ditayangkan dalam filem ini. Tetapi kalau anda seseorang yang sudah lama menantikan filem ini, kami pasti anda juga akan suka padanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Barbie

8 Score

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Barbie
ShareTweetSend
Previous Post

Ryu Ga Gotoku Studio bincang masa depan francais Yakuza/Like a Dragon & kisah cinta Kazuma Kiryu [Interview]

Next Post

Muat turun Pokemon Sleep sekarang! Kini tersedia untuk mobile di Malaysia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Muat turun Pokemon Sleep sekarang! Kini tersedia untuk mobile di Malaysia!

Muat turun Pokemon Sleep sekarang! Kini tersedia untuk mobile di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd