Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Banyak minum air mungkin punca sebenar Bruce Lee meninggal dunia

safwan by safwan
November 23, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Banyak minum air mungkin punca sebenar Bruce Lee meninggal dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Bruce Lee adalah ikon bagi seni mempertahankan diri dan juga bintang filem terkenal. Pemergiannya pula adalah diantara yang paling misteri di Hollywood sehingga kini, masih ramai lagi yang menimbulkan pelbagai teori konspirasi mengenainya. Baru-baru ini, terdapat kertas penyelidikan perubatan yang membuat hipotesis baru di mana Bruce Lee telah meninggal dunia akibat terlebih minum air.

Dia telah terkenal sejak dari tahun 70-an di mana dia membintangi pelbagai aksi seperti Fist of Fury, Way of the Dragon, Enter the Dragon dan juga Game of Death. Tidak lama kemudian dia telah meninggal dunia pada 20 Julai 1973 dengan usianya yang masih muda iaitu 32 tahun dan punca kematiannya pada masa itu adalah berkait dengan “Cerebral Edema.”

Menurut kertas kerja baharu yang diterbitkan oleh jurnal perubatan tulen, ia telah didapati bahawa kematian Bruce Lee mungkin disebabkan oleh “hyponatraemia”. Hasil ini dapat daripada penyelidikan yang dijalankan dalam “Clinical Kidney Journal“.

Daripada kertas kerja tersebut, “hyponatraemia” memberi kesan kepada pesakit apabila kepekatan natrium badan terjejas kerana ketidakupayaan untuk mengawal pengambilan air dan secara tidak langsung mengakibatkan kegagalan buah pinggang yang boleh menyebabkan “cerebral edema”.

Melalui dokumen yang sama, simptom yang dihadapi oleh Bruce Lee adalah sama dengan seorang wanita telah meninggal dunia akibat “hyponatraemia.”

Berikutan dengan perkara tersebut, beberapa penyelidik juga memetik yang “Bruce Lee meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang: ketidakupayaan untuk mengeluarkan air yang mencukupi untuk mengekalkan homeostasis air. Ini boleh menyebabkan “hyponatraemia, cerebral edema” dan kematian dalam beberapa jam jika pengambilan air yang berlebihan tidak dipadankan dengan perkumuhan air dalam air kencing, yang selaras dengan garis masa kematian Lee.”

Walau bagaimanapun, teori baru ini tidak beranggapan yang Bruce Lee minum air secara berlebihan, lagi-lagi untuk seorang atlet sepertinya. Namun, pada 2 bulan sebelum kematiannya, dia telah disahkan bahawa Bruce Lee telah menghidapi “cerebral edema” dengan pelbagai unsur lain seperti penggunaan ganja, pengambilan alkohol, diet rendah sodium, ubat preskripsi dan juga rejim kecergasan yang semuanya boleh menyumbang ke “hyponatraemia.”

Meskipun, dia telah meninggal dunia sejak 1973, legasi seni pertahankan dirinya telah hidup sehingga kini. Dalam game pun kita boleh lihat yang terdapat watak yang mempunyai gaya yang hampir serupa dengan Bruce Lee. Saya ingin mengingatkan bahawa kertas kerja ini masih tidak muktamad dan para doktor menasihatkan bahawa pengambilan air mestilah seimbang dengan garam yang mencukupi.

Jadi, apa pendapat anda tentang kertas kerja baru yang diterbitkan oleh jurnal perubatan tulen mengenai kematian Bruce Lee yang diakibatkan oleh terlebih minum air? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AirBruce LeeClinical Kidney Jounal
Previous Post

Sony-Honda mahu bersaing dengan Tesla, ingin tambah PS5 ke kenderaan elektrik

Next Post

Chainsaw Man: Episod Terbaru Terlalu “Jijik” Sehingga Kena Censored Oleh MAPPA!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Chainsaw Man: Episod Terbaru Terlalu “Jijik” Sehingga Kena Censored Oleh MAPPA!

Chainsaw Man: Episod Terbaru Terlalu "Jijik" Sehingga Kena Censored Oleh MAPPA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd