Sejak 17 Disember lalu, beberapa negeri di Malaysia telah dilanda banjir yang teruk dan menyebabkan ramai yang terkandas. Pembangun game indie di seluruh Malaysia telah bergabung dengan menyediakan sebuah pakej khas game indie iaitu Malaysia Flood Relief 2021 Bundle untuk membantu kumpul dana untuk diberikan kepada Mercy Malaysia untuk bantuan banjir.

Dari pengalaman tahun-tahun sebelumnya, ini bukan isu sekali sahaja. Disebabkan oleh kesan perubahan iklim dan faktor lain seperti penyelenggaraan infrastruktur yang lemah, penebangan hutan dan kesan hujan bermusim, banjir di Malaysia telah menjadi lebih teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun kami sedang mengumpul dana untuk keperluan segera, kami juga menggesa orang yang tidak dapat menyokong usaha kami secara kewangan untuk melakukan apa yang anda mampu untuk menyokong usaha memerangi perubahan iklim dan eksploitasi ekologi yang membawa kepada kejadian cuaca buruk ini.
Sumber: itch.io
Bundel game ini mempunyai beberapa game daripada pereka permainan tabletop Malaysia seperti Aaron Lim, Alyssa Yeo, Centaur Games, Kristen Chin, Nana, Rick Chia, Samuel Mui Shen Ern, Tun Kai Poh, Valis Teoh dan Zuhayri Mohamed. Keuntungan yang mereka dapat melalui jualan game ini akan disalurkan kepada bantuan tersebut. Anda bukan sahaja membantu mangsa banjir malah menyokong pembangun game dalam negara kita.

Terdapat dua jenis bundel game yang anda boleh beli dari Bantuan Banjir Malaysia 2021 Bundle ini. Bundel pertama berharga $45 dengan mempunyai 25 game manakala bundel kedua berharga $15 dengan 10 game. Peringatan! Ada game yang dilabel 18+. Jadi jika ada yang berminat anda boleh layari laman web itch.io di sini untuk membeli game tabletop ini. Sekali sekala tukar selera bermain game tabletop apa salahnya. Jualan ini akan berakhir dalam masa 3 hari dari sekarang, jangan lepaskan peluang untuk memiliki bundel ini sambil menolong mangsa banjir.
Sumber: Gamerbraves, itch.io
@gamersantaimy
Discussion about this post