Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco umum “SAND LAND Project”, game baru berdasarkan manga Akira Toriyama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, Manga
0 0
0
Bandai Namco umum “SAND LAND Project”, game baru berdasarkan manga Akira Toriyama
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco telah mengumumkan “SAND LAND Project”, game baru berdasarkan sebuah manga original oleh Akira Toriyama – pencipta Dragon Ball dan Dr. Slump.

Malangnya, Bandai Namco tidak mendedahkan apa-apa info lanjut. Saya tidak tahu di platform apa game ini akan keluar, genre apakah game ini, dan bila ia akan dikeluarkan, tetapi Bandai Namco janji mereka akan dedahkan maklumat seterusnya pada 17 Disember.

Buat masa ini, korang boleh tonton dahulu teaser trailer di bawah:

Bagi mereka yang tidak tahu, SAND LAND ialah siri manga pendek yang ditulis dan diilustrasikan oleh Akira Toriyama (pencipta Dragon Ball, Dr. Slump). Ia mula disiarkan dalam Weekly Shonen Jump dari 22 Mei hingga 28 Ogos 2000 dan terdiri daripada 13 bab dan 1 epilog.

Sinopsis:

Pada masa hadapan yang jauh, 50 tahun penuh bencana alam dan peperangan telah memusnahkan sebahagian besar Bumi, lalu meninggalkan tanah tandus yang dipanggil Sand Land. Sungai yang dahulu membekalkan air telah lama kering, dan bekalan air kini dikawal oleh seorang raja yang tamak.

Tanah terbiar kini didiami oleh manusia dan syaitan, yang hidup dengan aman bersama. Memandangkan botol air yang dijual oleh kerajaan raja semakin mahal untuk dibeli oleh rakyat, penduduk Sand Land sentiasa dahaga dan mula merompak antara satu sama lain untuk mendapatkan air dan wang.

Bosan dengan ketamakan raja, syerif tua Rao pergi mencari tasik yang telah lama hilang. Dia memberitahu Beelzebub, anak raja syaitan, tentang kewujudan tasik misteri itu yang mungkin dapat menyelamatkan penduduk Sand Land. Bersama-sama dengan syaitan bijak bernama Thief, mereka bertiga pergi mencari Phantom Lake.

Itu sahaja info yang saya ada buat masa ini. Jika berminat, korang juga boleh melayari laman web rasmi SAND LAND Project di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: akira toriyamaBandai NamcoSAND LAND Project
Previous Post

Filem Wonder Woman 3 dibatalkan – Dikatakan “tidak sesuai” dengan rancangan baru DCU

Next Post

Tan Sri Michelle Yeoh dinamakan sebagai Ikon tahun 2022 oleh majalah TIME

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tan Sri Michelle Yeoh dinamakan sebagai Ikon tahun 2022 oleh majalah TIME

Tan Sri Michelle Yeoh dinamakan sebagai Ikon tahun 2022 oleh majalah TIME

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd