Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco umum game mobile baru – Gundam: Poetry of Steel!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Bandai Namco umum game mobile baru – Gundam: Poetry of Steel!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada ekspo ChinaJoy 2023, Bandai Namco Entertainment (Shanghai) telah mendedahkan Gundam: Poetry of Steel – game mobile baru berdasarkan IP terkenal Gundam. Buat masa ini, game ini hanya akan dilancarkan di China sahaja, menurut Bandai Namco tetapi anda tidak perlu risau kerana pelancaran luar negara akan menyusul dalam masa terdekat.

Anda boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran lebih jelas:

Pemain di China juga boleh pradaftar untuk Gundam: Poetry of Steel melalui laman web rasmi yang anda boleh rujuk di SINI.

Daripada apa yang saya tahu setakat ini, pemain akan bertindak sebagai seorang Komander kepada skuad elit sut Mobile Suit, lalu menggabungkan kekuatan unik mereka dengan taktik dan strategi pintar untuk mengatasi lawan dengan kecederaan minimum. Game ini dikatakan mempunyai sistem AI yang kompleks, dan juga menampilkan pertempuran single-player dan multiplayer bersama kawan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment
Kredit: Bandai Namco Entertainment

Untuk visual, game ini akan dipaparkan sepenuhnya dalam 3D – sangat berlainan dengan game strategi Gundam lain seperti G-Generation atau SD Gundam yang menggabungkan visual 2D dan kadangkala model 3D apabila menganimasikan aksi. Selain itu, game ini juga menampilkan ciri “model inspection” yang membolehkan kita melihat setiap Mobile Suit dengan terperinci daripada bahagian badan hingga ke senjata dan banyak lagi.

Game ini pun bukan sebarang lawan-lawan sahaja. Ia mengandungi koleksi jalan cerita daripada beberapa siri ikonik Gundam, di mana pemain dapat mengalami semula beberapa adegan paling ikonik bagi setiap watak termasuk kali pertama mereka bangkit sebagai protagonis, memandu Gundam dalam peperangan epik, menghadapi realiti peperangan yang kejam, dan macam-macam lagi pertembungan bahaya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment
Kredit: Bandai Namco Entertainment

Untuk menjadikan adegan ini terasa lebih autentik, Bandai Namco menambah lakonan suara berdasarkan pelakon suara original daripada setiap siri (tidak pasti jika ini pelakon suara Jepun atau China).


Buat masa ini, itu sahaja info yang saya tahu tentang Gundam: Poetry of Steel. Bakal dikeluarkan di platform mobile, moga-moga ia dikeluarkan untuk pasaran antarabangsa dalam masa terdekat.

Untuk baca segala liputan kami tentang francais Gundam termasuk game, anime dan mainan, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoGundam: Poetry of SteelMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Adventure 02: The Beginning Dedahkan Trailer & Poster Rasmi!

Next Post

Spider-Man: Beyond the Spider-Verse Ditunda, Filem lain Sony Pictures Mendapat Tarikh Tayangan Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Spider-Man: Beyond the Spider-Verse Ditunda, Filem lain Sony Pictures Mendapat Tarikh Tayangan Baru!

Spider-Man: Beyond the Spider-Verse Ditunda, Filem lain Sony Pictures Mendapat Tarikh Tayangan Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd