Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baldur’s Gate 3 kena tangguh lagi! Kini jadi Baldur’s ‘Late’ pada bulan Oktober~

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2020
in Artikel, Berita, PC, RPG, Steam
0 0
0
Baldur’s Gate 3 kena tangguh lagi! Kini jadi Baldur’s ‘Late’ pada bulan Oktober~
Share on FacebookShare on Twitter

Larian Studios mempunyai berita baik dan buruk tentang Baldur’s Gate 3 untuk dikongsi dengan peminat hari ini. Berita baik datang dalam bentuk maklumat baru mengenai fitur “romance & companionship” untuk Baldur’s Gate 3. Bagi berita buruk pula, Larian mengesahkan bahawa Baldur’s Gate 3, dukacita, tidak dapat menepati tarikh pelancaran yang diumumkan sebelumnya untuk Early Access.

Tapi peminat jangan lah sedih kerana anda hanya perlu menunggu sebentar sahaja. Baldur’s Gate 3 pada awalnya ditetapkan untuk dilancarkan secara Early Access pada 30 September. Dengan penangguhan ini, permainan kini akan tersedia mulai 6 Oktober. Larian akan melancarkan Early Access di GOG, Steam, dan Stadia.

We have bad news, and good news. But first, the bad news! We're delaying to October 6, by a week. We'll be back later today with the romance & companionship update to pick you all up again. pic.twitter.com/j2NOEk4jAi

— Larian Studios (@larianstudios) September 23, 2020

Dua sebab umum diberikan untuk menjelaskan isu ini. Yang pertama merupakan masalah teknikal. Pasukan menemui beberapa “kelewatan yang tidak dijangka”, dan ada juga beberapa masalah kestabilan yang cuba dibetulkan oleh Larian. Mereka mengatakan bahawa Baldur’s Gate 3 boleh dilancarkan dengan beberapa bug atau isu kecil. Namun, mereka ingin meminimumkan maslah teknikal seperti “crashing” dan menuntut pengalaman permainan paling menyeronokkan untuk peminat.

Sebab kedua amat berbeza dengan yang pertama. Khususnya, terjemahan untuk bahasa yang disokong di Baldur’s Gate 3 memerlukan sedikit masa. Penterjemahan diperlukan oleh peminat antarabangsa untuk menikmati permainan, jadi Larian tidak bersedia untuk mengeluarkan permainan tanpa sokongan bahasa penuh di Early Access.

Larian sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak mahu pemain “merasa tertekan” untuk membeli Baldur’s Gate 3 apabila ia dilancarkan. Permainan ini masih akan dilancarkan secara rasmi pada masa akan datang apabila 100% kandungannya telah selesai. Early Access adalah untuk membantu Larian menyempurankan permainan, kerana maklum balas pemain amat penting bagi studio. Mereka yang membeli permainan lebih awal akan mempunyai banyak kandungan untuk bermain kerana Early Access mempunyai sekurang-kurangnya 25 jam gameplay.

Baldur’s Gate 3 akan dilancarkan secara Early Access pada 6 Oktober untuk PC dan Stadia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Baldur's Gate 3delayDitangguhLarian StudiosPC
Previous Post

Porsche menjadi tuan rumah kejohanan Esports pertama dengan Forza di Asia Pasifik!

Next Post

RAZER memperluaskan flagship product gaming dengan teknologi Razer HyperSpeed Wireless!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
RAZER memperluaskan flagship product gaming dengan teknologi Razer HyperSpeed Wireless!

RAZER memperluaskan flagship product gaming dengan teknologi Razer HyperSpeed Wireless!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd