Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Backbone One – Controller rasmi PlayStation untuk peranti Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2023
in Aksesori, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PS4, PS5, Teknologi
0 0
0
Backbone One – Controller rasmi PlayStation untuk peranti Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa Backbone One – PlayStation Edition, controller berlesen syarikat untuk telefon pintar kini tersedia untuk pengguna iOS dan Android di peringkat antarabangsa. Sekilas pandang, reka bentuknya diilhamkan oleh controller DualSense, termasuk butang lutsinar.

Introducing Backbone One – PlayStation Edition, an officially licensed mobile controller for Android users, launching today.

Full details: https://t.co/SbBt8GeULE pic.twitter.com/7e7eIFAm6B

— PlayStation (@PlayStation) May 23, 2023

Jadi apa kegunaannya?

Kredit: PlayStation

Dengan memakai controller ini pada mana-mana telefon pintar Android atau iOS, ia dapat berubah menjadi konsol gaming PlayStation mudah alih. Syaratnya, anda perlu mempunyai akses kepada internet jalur lebar, konsol PS5 atau PS4 dan aplikasi Remote Play (membenarkan PS4 dan PS5 menghantar output video dan audio ke peranti lain).

Jika itu semua lengkap, pasangkan peranti iPhone atau Android ke dalam Backbone One dan serta-merta bermain game kegemaran — sama ada di dalam atau di luar rumah. Bukan itu sahaja, jika anda memiliki headset Pulse 3D, anda juga boleh menyambungkannya ke Backbone One melalui bicu fon kepala 3.5mm.

Disebabkan ini controller rasmi Sony, ia serasi dengan aplikasi PlayStation App. Di sini, pengguna boleh mengetik dua kali pada butang Options di Backbone One untuk mengakses aplikasi tersebut. Update terkini PS App juga menyokong navigasi berasaskan controller dalam perspektif landskap untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna.

Kredit: PlayStation
Kredit: PlayStation

Selain game PS, Backbone One turut berfungsi dengan game Google Play dan App Store serta perkhidmatan penstriman gaming lain yang menyokong controller. Sebagai contoh, anda boleh bermain Call of Duty: Mobile, Fortnite, Diablo Immortal dan banyak lagi.

Jangan risau tentang bateri, kerana controller ini menggunakan kuasa daripada iPhone anda – jadi tidak perlu risau untuk mengecasnya.

Adakah ia tersedia di Malaysia?

Malangnya, Backbone One PlayStation Edition tidak tersedia di Malaysia.

Buat masa ini, ia hanya tersedia di Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Australia dan New Zealand. Fungsinya cukup menarik dan jika ia tersedia di Malaysia, pasti ramai gamer yang akan suka.


Baca segala berita kami tentang controller Backbone One di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Backbone OneControllerplaystation
ShareTweetSend
Previous Post

Caj tambahan RM13 akan dikenakan pada pengguna Netflix Malaysia yang tidak duduk serumah!

Next Post

Blue Protocol Versi Global Ditunda ke 2024, Versi Jepun Lancar Jun Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun
Berita

Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun

June 3, 2025
Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Next Post
Blue Protocol Versi Global Ditunda ke 2024, Versi Jepun Lancar Jun Ini!

Blue Protocol Versi Global Ditunda ke 2024, Versi Jepun Lancar Jun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd