Ayashimon, sebuah manga baru di Shonen Jump yang dihasilkan oleh Yuji Kaku, yang juga menghasilkan Hell’s Paradise: Jigokuraku. Kalau anda ingin tahu, Ayashimon mengisahkan seorang lelaki muda bernama Maruo Kaido yang dahagakan pertarungan sebenar. Dia berusaha untuk mencari matlamat hidupnya kerana dia terlampau kuat untuk orang sekelilingnya. Selepas dia bertemu dengan bos yakuza, Urara, dia akhirnya menjumpai lawan yang setanding dengannya.
Anda pasti rasa ceritanya hampir sama dengan One Punch Man jika anda membaca bab pertama manga ini. Tetapi sudah semestinya Ayashimon mempunyai keunikkannya tersendiri. Yakuza yang disebut bukanlah kumpulan yakuza biasa tetapi yakuza underworld yang terdiri daripada yokai dan menggelarkan diri mereka sebagai “Ayashimon“. Jom saya ceritakan lebih lanjut mengenai manga ini.

Di bawah mengandungi spoiler untuk manga Ayashimon!
Manusia vs Yokai (Ayashimon)
Maruo sebenarnya sangat meminati hero dalam manga dan mula melatih dirinya mengikut rutin yang sama dalam manga kesukaannya. Sehinggalah dia berjaya menjadi kuat ketika berumur 7 tahun. Sejak itu, dia berlawan untuk mencapai impiannya iaitu menjadi protagonis manga. Tetapi orang sekelilingnya sangat lemah dan membuatnya agak kecewa dan rasa seperti kekuatannya sekarang tidak berguna. Malah susah untuknya mencari kerja.
Selepas berjumpa dengan Urara, perasaannya berubah apabila mendapati bahawa organisasi yakuza itu bukanlah organisasi biasa. Maruo menjadi teruja apabila dia akhirnya mendapat lawan yang setaraf dengan kekuatannya. Dia juga ada meniru “kamehameha” tetapi versinya yang tersendiri.

Protagonis yang tidak terlampau OP
Walaupun kekuatannya boleh dikatakan hampir sama dengan Saitama, tetapi dia tidaklah seseorang yang mempunyai kuasa yang melampau seperti Saitama. Maruo masih lagi seorang manusia biasa. Dia tetap mendapat kecederaan apabila berlawan dengan ayashimon. Bukan seperti Saitama, yang boleh elak serangan dari musuhnya dan tidak mudah letih atau cedera ketika melawan musuhnya.

“Hero” bukanlah matlamat utama protagonis
Kebanyakkan protagonis manga Shonen ingin menjadi hero dan selamatkan dunia. Tetapi bukan Maruo. Dia hanya inginkan aksi dan cabaran yang dirasakan oleh watak hero dalam manga. Walaupun ditumbuk dan dibelasah dengan teruk, dia masih boleh lagi bangun dan tersenyum apabila melawan musuhnya.

Ayashimon masih lagi sebuah manga baru dan saya rasa ramai yang akan tertarik dengannya. Anda boleh membaca manga ini melalui MangaPlus. Semoga anda enjoy membacanya! Untuk liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post