Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bapa dapat refund RM62K selepas anak habiskan duit di Genshin Impact

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 14, 2022
in Artikel, Berita, Gatcha
0 0
0
Bapa dapat refund RM62K selepas anak habiskan duit di Genshin Impact
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini, seorang bapa dari Singapura bernama Lim Cheng Mong menjadi viral apabila berita tentang anak perempuannya yang menghabiskan duit lebih SGD 20,000 atau anggaran RM 62,242.94 dalam Genshin Impact mula tertular di internet. Encik Lim hanya tahu tentang kejadian ini apabila bank memberitahu tentang hutang kad kredit tertunggak yang dikaitkan dengan 89 transaksi berbeza dalam tempoh masa lebih kurang enam minggu.

Berita baik adalah bank Encik Lim memulangkan separuh daripada jumlah $20,000 dan tidak lama selepas itu, dia memberitahu The Strait Times bahawa pihak bank telah membayar balik jumlah penuh. Disebabkan kejadian ini, Encik Lim memutuskan untuk memberi anak-anaknya elaun bulanan dalam jumlah tetap supaya mereka boleh mula berhati-hati dalam membelanjakan wang.

“Wang itu untuk pengangkutan, bil telefon dan perbelanjaan lain. Saya memberitahu jika mereka membelanjakan [duit] untuk game, mereka akan menghabiskan duit perbelanjaan sendiri,” katanya.

Melalui pengalaman Encik Lim sebagai seorang bapa, sifat ketagihan gaming dengan mekanik gacha dijadikan perhatian sekali lagi di seluruh dunia terutamanya Genshin Impact. Atas sebab ini, game dengan mekanik gacha telah disamakan dengan gejala perjudian di mana negara seperti Belgium mengharamkan Genshin Impact.

Menurut kata Encik Lim kepada The Sunday Times:

“Saya tidak pernah benar-benar terlibat dalam gaming mereka, tetapi selepas ini, saya bercakap dengan anak-anak saya dan cuba menjadi sebahagian daripadanya.” Game, sama ada online atau offline, adalah okay asalkan dilakukan secara sederhana. Membelanjakan wang untuk game juga tidak mengapa, selagi ia tidak menjejaskan belanjawan. Ingatlah untuk bermain dengan bijak.”

Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Genshin Impact, sila tekan pautan ini.

Sumber – StaitsTimes

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: anakayahGenshin Impactrefund
Previous Post

Anime Demon Slayer Season 3 diumumkan, memperkenalkan Love & Mist Hashira

Next Post

YouTube melancarkan NFT supaya orang boleh “membeli video dari creator lain”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
YouTube melancarkan NFT supaya orang boleh “membeli video dari creator lain”

YouTube melancarkan NFT supaya orang boleh "membeli video dari creator lain"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd