Berita baik buat peminat The Avengers dari Malaysia! Jika kebetulan anda sedang bercuti di Singapura, inilah peluang anda untuk melihat geng Avengers aka “Earth’s Mightiest Heroes” di acara Marvel berskala besar di Jewel Changi Airport!
Di kawasan lapangan terbang/kompleks hiburan tersebut, beberapa lokasi akan mempunyai sejumlah pameran istimewa seperti Avengers Assemble @Shiseido Forest Valley yang menampilkan Avengers popular dalam bentuk seni 3D dan paparan interaktif; dan Avengers Forever @Canopy Park yang memberi penghormatan kepada sejarah 60 tahun Avengers dengan menceritakan sejarah penting Avengers daripada buku komik hingga televisyen, mainan dan filem.
Jika berminat, keseluruhan acara – Avengers: Beyond Earths’ Mightiest di Jewel akan diadakan dari 26 Mei hingga 13 Ogos 2023.
Avengers Assemble @Shiseido Forest Valley

Di pintu masuk utama Shiseido Forest Valley di Jewel, patung merah dan emas Iron Man sepanjang 5 meter akan berdiri tegak. Di sebalik kehijauan kompleks, pengunjung boleh menangkap gambar bersama hero-hero kegemaran di enam (6) lokasi foto bertema Marvel termasuk dua paparan seni 3D unik – Perisai Vibranium milik Captain America setinggi 3 meter, dan Mjolnir (tukul) milik Thor setinggi 3.5 meter.
Selain yang disebutkan tadi, ada empat (4) lagi paparan interaktif lain termasuk The Incredible Hulk, Doctor Strange, Ant-Man and the
Wasp, dan Black Panther. Di sini, pengunjung boleh masuk serta dalam macam-macam aktiviti seperti:
- Banding kekuatan anda dengan The Incredible Hulk melalui menumbuk meter kekuatan
- Aktifkan kipas holografik dan bertahan dari ancaman mistik seperti Doktor Strange
- Bergambar di atas takhta Black Panther
- Lepak bersama Ant-Man dan The Wasp ketika mereka mengecilkan diri mereka
- di sebalik kaca pembesar.

Avengers Forever @Canopy Park

Avengers Forever @Canopy Park meraikan legasi Avengers dengan pameran yang menceritakan sejarah dan peristiwa penting kumpulan itu sepanjang 60 tahun. Daripada naratif epik seperti Contest of Champions, Secret Wars dan Infinity Gauntlet, hinggalah ke konflik dengan X-Men, Defenders dan Eternals, saga Avengers akan sentiasa memikat perhatian seluruh alam semesta.
Antara pamerannya adalah pengenalan Captain America pada tahun 1941 hingga ke pembentukan Avengers pada tahun 1963. Selain itu, terdapat paparan nadir yang menampilkan figura aksi Avenger pertama pada tahun 1972, serta klip-klip pendek yang diambil daripada siri animasi televisyen Avengers. Di sini, para peminat Marvel boleh menyelami asal-usul serta mempelajari fakta yang menyeronokkan tentang kumpulan Avengers.

Di Petal Garden, patung bersaiz sebenar Avengers ikonik daripada Marvel Cinematic Universe seperti Ant-Man dan The Wasp, Black Panther, Captain America dan Iron Man boleh didapati di seluruh kawasan, jadi jangan terlepas untuk menangkap gambar bersama mereka, tidak kira siang dan malam.
Pameran Light & Sound diilhamkan oleh Marvel

Kumpulan hero ikonik Marvels juga akan tampil dalam pameran Cahaya ilham Marvel di HSBC Rain Vortex. Avengers kegemaran akan muncul dalam bentuk projeksi air di air terjun tertutup tertinggi di dunia. Pameran Light & Sound akan berlangsung dari 26 Mei hingga 13 Ogos 2023, 8pm pada hari bekerja dan 8pm dan 10pm pada hujung minggu.
Acara Avengers: Beyond Earths’ Mightiest masih diadakan di Jewel Changi Airport hingga 13 Ogos 2023.Untuk maklumat lanjut tentang acara di atas, anda boleh layari FB rasmi Jewel.
@gamersantaimy
Discussion about this post