Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avatar: The Way of Water Akan Tiba di Disney Plus Jun Ini!

Maira by Maira
May 16, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Avatar: The Way of Water Akan Tiba di Disney Plus Jun Ini!

Kredit: Disney

Share on FacebookShare on Twitter

Filem Blockbuster Avatar: The Way of Water oleh James Cameron akan temui semula penonton melalui platform penstriman, Disney+ Hotstar pada Jun ini! Filem itu telah mengutip sebanyak $2.31 bilion dan menjadi filem ke-3 terbaik sepanjang zaman.

Jadi kepada anda yang tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam, anda tidak perlu risau kerana ia akan hadir ke Disney+ Hotstar pada bulan depan. Buat masa ini kami tidak tahu tarikh tetap untuknya, tetapi kalau mengikut platform Disney+ luar negara, ia akan tersedia pada 7 Jun.

Ada kemungkinan besar penonton di Malaysia dapat menontonnya filem tersebut pada tarikh yang sama ataupun pada 8 Jun. Apa pun kita tunggu kemas kini daripada media sosial Disney+ Hotstar Malaysia.

Sumber: Disney

Berkenaan filem Avatar: The Way of Water, ia merupakan sekuel yang mengisahkan kehidupan keluarga Sully 10 tahun selepas filem pertama. Apabila bahaya daripada masa lalu kembali, Jake Sully mesti bekerjasama dengan Neytiri dan tentera bangsa Na’vi untuk melindungi planet mereka.

Filem berlatarbelakangkan pemandangan laut Pandora yang menakjubkan, tempat penonton diperkenalkan dengan budaya Na’vi baharu dan pelbagai jenis makhluk laut eksotik.

Sumber: Disney

Kalau anda masih belum menonton filem daripada francais Avatar, bolehlah menonton filem pertama di Disney+ Hotstar. Filem 2009 ini, akan memperkenalkan anda kepada Na’vi serta watak utama kita, Jake Sully. Kalau anda malas untuk menontonnya, boleh baca recap filem oleh kami!

Filem Avatar 3 telah pun dijadualkan untuk tayangan pada Disember 2024, manakala Avatar 4 pula bakal tiba dua tahun selepas itu. Bermakna ada banyak lagi yang akan kita terokai dalam dunia Avatar oleh James Cameron ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AvatarAvatar: The Way of WaterDisney+ Hotstar
ShareTweetSend
Previous Post

Giveaway Spider-Man: Across the Spider-Verse — Komen Untuk Peluang Menangi Tiket Tayangan & Hadiah Menarik!

Next Post

MSI Concept Store Mid Valley akan buka 19 Jun – peluang dapat laptop baru pada harga RM999!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MSI Concept Store Mid Valley akan buka 19 Jun – peluang dapat laptop baru pada harga RM999!

MSI Concept Store Mid Valley akan buka 19 Jun - peluang dapat laptop baru pada harga RM999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd