Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avatar: The Last Airbender Dedahkan Teaser Rasmi, Bakal Tayang di Netflix pada Februari 2024!

Maira by Maira
November 10, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Avatar: The Last Airbender Dedahkan Teaser Rasmi, Bakal Tayang di Netflix pada Februari 2024!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah melihat pelbagai gambar daripada siri, akhirnya Netflix melepaskan teaser rasmi pertama untuk adaptasi live action Avatar: the Last Airbender. Bukan setakat itu sahaja, siri ini juga sudah mendapat tarikh tayangannya, yang jatuh pada 22 Februari 2024. Anda boleh tonton teaser pertama di bawah.

Untuk pengetahuan anda, siri live action ini akan mengamdungi lapan episod kesemuanya. Kita akan mengikuti Aang, seorang Avatar muda dalam perjalanannya dalam menguasai empat elemen (Air, Tanah, Api dan Angin) untuk mengembalikan keseimbangan dunia yang kini diancam Fire Nation.

Dalam teaser tersebut, kita telah melihat Aang, Katara, Sokka dan Zuko beraksi serta mempamerkan beberapa elemental bending menarik. Selain itu, kita juga akhirnya melihat watak-watak penting lain seperti Appa dan Momo, yang terbang di langit.

Sumber: Netflix

Berikut adalah sinopsis rasmi siri Avatar: the Last Airbender:

“Air. Tanah. Api. Angin. Empat negara pernah hidup dalam harmoni, dengan Avatar, penguasa keempat-empat unsur, menjaga keamanan di antara mereka. Tetapi segala-galanya berubah apabila Fire Nation menyerang dan menghapuskan Air Nomad, langkah pertama yang diambil oleh firebender untuk menakluk dunia. Dengan kemunculan Avatar semasa masih belum muncul, dunia telah kehilangan harapan.

Tetapi seperti cahaya dalam kegelapan, harapan muncul apabila Aang, seorang Air Nomad muda — dan yang terakhir — bangkit semula untuk mengambil tempatnya sebagai Avatar seterusnya. Di samping rakan barunya Sokka dan Katara, adik-beradik dan ahli Southern Water Tribe, Aang memulakan usaha yang hebat dan penuh aksi untuk menyelamatkan dunia dan melawan serangan menakutkan Ozai. Tetapi dengan Putera Mahkota Zuko yang didorong untuk menangkap mereka, ia bukan satu tugas yang mudah. Mereka akan memerlukan bantuan ramai kawan dan watak-watak lain yang mereka temui sepanjang perjalanan.”

Sumber: Netflix

Gordon Cormier akan berlakon sebagai Aang, remaja 12 tahun yang tidak gentar dan santai yang menjaga keseimbangan dan keamanan dunia. Dia akan disertai oleh Kiawentiio sebagai waterbender Katara, Ian Ousley sebagai Sokka, Dallas Liu sebagai Zuko, Daniel Dae Kim sebagai Fire Lord Ozai, Paul Sun-Hyung Lee sebagai Uncle Iroh, Elizabeth Yu sebagai Azula dan Ken Leung sebagai Komander Zhao.

Sumber: Netflix

Anda yang ingin menontonnya nanti, bolehlah klik butang “Remind me” di Netflix! Untuk mendapatkan berita lain mengenai siri Netflix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AvatarAVATAR: THE LAST AIRBENDER
ShareTweetSend
Previous Post

Review Call of Duty: Modern Warfare III (Campaign) – Naratif Kurang Memuaskan, Buat Orang Mengantuk!

Next Post

Ultraman: Rising Dedahkan Teaser Pertama! Ultraman Kena Jaga Baby Kaiju?!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ultraman: Rising Dedahkan Teaser Pertama! Ultraman Kena Jaga Baby Kaiju?!

Ultraman: Rising Dedahkan Teaser Pertama! Ultraman Kena Jaga Baby Kaiju?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd