Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avatar Generations Kini Tersedia! Download Sekarang Untuk Kembali ke Four Nations!

Maira by Maira
January 31, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Avatar Generations Kini Tersedia! Download Sekarang Untuk Kembali ke Four Nations!
Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile terbaru, Avatar Generations kini dilancarkan secara rasmi di iOS dan Android. Game turn-based RPG ini mengadaptasi siri animasi ikonik daripada Nickelodeon, Avatar: The Last Airbender. Kemas kini lanjut akan mengembangkan lagi game dengan tambahan kawasan dalam dunia Avatar termasuklah pengembaraan yang berdasarkan The Rise of Kyoshi dan The Legend of Korra. Game ini tersedia untuk dimainkan secara percuma di App Store dan Google Play Store.

https://youtu.be/RV3wPu0sgfM

Kalau pemain memuat turun game ini semasa tempoh pelancaran, terdapat ganjaran khas yang pemain akan dapat. Antaranya watak Aang, hero dalam Avatar: The Last Airbender untuk dimasukkan dalam skuad bersama-sama rakannya, Appa.

Avatar Generations

Dalam Avatars Generations, pemain mengumpulkan pasukan hero dan musuh ikonik daripada Avatar sambil meneroka peta dinamik Four Nations. Turn-based battle dalam game ini mengasyikkan dan strategik, dengan formasi yang boleh disesuaikan serta team-combo. Pengembaraan ini bukan sahaja membawa melihat semula detik-detik menarik dalam dunia Avatar, malah menawarkan pengembaraan baharu. Pemain akan menghidupkan semula pengembaraan Aang dan rakan-rakannya, sambil bertarung dengan musuh yang kuat, meningkatkan level hero dan menguasai elemen untuk membawa keseimbangan kepada dunia.

Avatar Generations

Selain itu, Avatar Generations juga mengikuti plot ikonik daripada siri, dengan watak-watak seperti Katara, Sokka, Zuko, Toph dan watak sampingan Blue Spirit, Princess Yue, Kyoshi Warrior Suki dan ramai lagi akan menemui pemain. Setiap watak mempunyai kebolehan unik tersendiri, jadi pemain boleh naikkan level pasukan Avatar mereka. Bukan setakat itu sahaja, pemain juga boleh gunakan support untuk menguatkan pasukan mereka, dengan watak-watak seperti Momo dan Appa. Watak-watak lain bersama kosmetik dan gear untuk penyesuaian akan ditambah dalam kemas kini pada masa hadapan.

Avatar Generations

Anda boleh melawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avatar GenerationsAVATAR: THE LAST AIRBENDER
Previous Post

One Piece kata “berat roh hanya 21 gram” – rupanya berdasarkan kajian sebenar! (TEORI SAINS)

Next Post

Valiant Hearts: Coming Home Review — Game Terbaru Netflix Membawa Kita Mengingati Peristiwa WWI

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Valiant Hearts: Coming Home Review — Game Terbaru Netflix Membawa Kita Mengingati Peristiwa WWI

Valiant Hearts: Coming Home Review -- Game Terbaru Netflix Membawa Kita Mengingati Peristiwa WWI

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd