Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Autopsi menyimpulkan bahawa Pencipta Yu-Gi-Oh, Takahashi Kazuki mati akibat lemas!

Maira by Maira
July 12, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Autopsi menyimpulkan bahawa Pencipta Yu-Gi-Oh, Takahashi Kazuki mati akibat lemas!
Share on FacebookShare on Twitter

Gempar pada 7 Julai lalu apabila mangaka popular, Kazuki Takahashi ditemui mati di pantai Nago City, Okinawa Prefecture. Mayatnya berpakaian lengkap snorkelling menunjukkan bahawa dia telah pergi berenam di perairan tersebut. Keputusan bedah siasat baru-baru ini mendedahkan bahawa Takahashi telah mati lemas pada 7 Julai dan ia juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana perbuatan jenayah.

Mayatnya ditemui oleh Coast Guard pada waktu pagi dan kes itu telah disiasat oleh pihak polis. Penemuan tersebut berlaku apabila seseorang yang sedang menaiki bot ternampak tubuh manusia terapung di perairan tersebut.

Takahashi bermula sebagai mangaka (penulis manga) pada tahun 1982. Karyanya yang pertama adalah Tokiō no Tsuma yang diterbitkan pada tahun 1990 bersama Tennenshoku Danji Buray, salah satu karyanya yang terawal, diterbitkan dalam dua jilid dari tahun 1991 hingga tahun 1992. Bagaimanapun, Takahashi tidak mencapai sebarang kejayaan sehingga tahun 1996 apabila beliau mencipta Yu-Gi-Oh!

Manga Yu-Gi-Oh! memulakan penggunaan kad Yu-Gi-Oh! yang pada asalnya dikenali sebagai Magic and Wizards. Namun, nama game kad ditukarkan menjadi Duel Monsters untuk padanan anime. Manga yang asal mempergunakan format bab episod, dengan setiap game yang berbeza dimainkan pada setiap bab.

Walaupun begitu, Takahashi tidak pernah berhasrat untuk menumpukan manganya pada game kad yang diciptanya. Game kad Magic and Wizards sebenarnya bertujuan untuk hanya dua bab tetapi Shueisha, penerbit majalah Weekly Shonen Jump menerima terlalu banyak surat daripada peminat yang ingin tahu tentang game tersebut. Oleh itu, Takahashi memutuskan untuk melanjutkannya.

Francais itu sehingga kini masih mendapat game kad baru, figura, game dan siri manga terbaru. Kazuki Takahashi juga telah memenangi Inkpot Award semasa Comic-Con International pada Julai 2015. Anugerah tersebut diberikan untuk individu yang memberikan sumbangan cemerlang kepada komik, fiksyen sains dan fantasi, filem, televisyen, animasi, dan fandom. Anda boleh mendapatkan liputan lain mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kazuki TakahashiYu-Gi-Oh!
Previous Post

Shroud kembali ke dunia esport sebagai pemain pro Valorant pasukan Sentinels

Next Post

The Last of Us Remake rasmi sudah siap, boleh diedarkan tidak lama lagi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
The Last of Us Remake rasmi sudah siap, boleh diedarkan tidak lama lagi

The Last of Us Remake rasmi sudah siap, boleh diedarkan tidak lama lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd