Baru-baru ini, Mobile Legends mengumumkan kolaborasi bersama Transformers yang akan bermula pada 24 Mei hingga 7 Julai 2022. Dengan kolaborasi ini, terdapat skin baharu yang akan menyertai pertempuran iaitu Starscream, Soundwave dan Grimlock. Tetapi korang tahu ke Hero mana yang akan dapat skin ini?
Sebelum ini, mereka juga telah bekerjasama dengan Transformers dan membawa 3 skin untuk beberapa hero tertentu iaitu Granger, Johnson dan X-Borg. Hero ini mempunyai skin Optimus Prime, Megatron dan Bumblebee. Pada kolaborasi terbaru ini, terdapat tiga skin tambahan yang akan tersedia dalam acara dan menjadikan jumlah 6 skin Transformers dalam MLBB.
Kali ini, 3 skin baharu yang akan tiba dan hero yang terpilih adalah Roger, Aldous, Popol dan Kupa. Mereka akan mendapat skin Transformers baharu yang menarik iaitu Starscream, Soundwave dan Grimlock.

Selain skin Transformers, Moonton juga telah menambah hadiah seperti skin Rare, Normal dan Epic yang korang boleh dapatkan melalui acara ini. Korang yang mahukan hadiah daripada acara tahun ini, perkara yang perlu dilakukan adalah bingo seperti acara KOF (King of Fighter). Jadi, pada tahun ini korang tidak boleh memilih ganjaran yang dimahukan, sebaliknya ia akan menjadi rawak.

Mengenai Skin Transformers baharu, Roger akan dapat skin Grimlock, di mana dia adalah robot semasa menjadi manusia dan bertukar kepada dinosaur apabila menjadi serigala jadian. Untuk Skin Aldous Starscream, Aldous ialah robot semasa pertempuran jarak dekat dan bertukar menjadi jet pejuang Starscream apabila menggunakan Ultimate. Untuk skin Popol dan Kupa Soundwave, Popol akan menjadi Soundwave manakala Kupa menjadi Ravage.
Macam seronok pula bila ada acara Transformers ini! Jadi, apa pendapat korang mengenai Mobile Legends kolaborasi bersama Transformers kali ini? Adakah korang akan melabur duit untuk skin yang akan datang? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Mobile Legends, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post