Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan: THE LAST ATTACK Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 3 Januari 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Attack on Titan: THE LAST ATTACK Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 3 Januari 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Attack on Titan Malaysia, korang pasti teruja kerana filem terakhir yang dinanti-nantikan, Attack on Titan: THE LAST ATTACK, akan mula ditayangkan di pawagam TGV pada 3 Januari 2025!

Tatakae, Tatakae, TATAKAE! ⚔️#AttackOnTitan fans, rejoice! #AttackonTitanTheMovie – #TheLastAttack will hit TGV on 3 January 2025! 💥

Stay tuned for more updates!#AnimeatTGV #AttackOnTitanatTGV pic.twitter.com/K9DaR97Qq7

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) November 20, 2024

Filem ini merupakan filem kompilasi, yang merangkumi bahagian-bahagian terakhir daripada The Final Season. Berdasarkan manga karya Hajime Isayama yang terkenal di seluruh dunia, filem ini menyusun semula dua bahagian terakhir anime tersebut, untuk memberi penutup epik kepada saga ini dalam satu pengalaman sinematik.

Yuichiro Hayashi, pengarah filem ini, mendedahkan bahawa episod khas untuk THE FINAL CHAPTERS pada asalnya dirangka dengan format filem dalam fikiran. Kini direalisasikan – menurut Hayashi, THE LAST ATTACK adalah cara terbaik untuk menikmati bab akhir yang mendebarkan ini.

Kredit: © 諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Sudah pun ditayangkan di Jepun sejak 8 November, Attack on Titan: The Last Attack adalah versi “kemas kini” daripada dua bahagian terakhir musim finale siri tersebut. Filem ini menggabungkan Part 1 dan 2 daripada Attack on Titan Final Season THE FINAL CHAPTERS, yang asalnya ditayangkan sebagai episod 88 hingga 94.

Berdurasi 145 minit, filem ini lengkap dengan bunyi surround 5.1 dan animasi yang lebih cantik untuk pengalaman lagi sinematik. MAPPA, studio yang mengambil alih daripada Wit Studio selepas musim ketiga, akan meneruskan penglibatannya dalam projek baru ini bersama Yuichiro Hayashi sebagai pengarah.

Kredit: © 諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Bukan itu sahaja, pihak produksi rasmi untuk filem ini juga mengumumkan satu perubahan menarik untuk filem akan datang. Khususnya, mereka telah menambah babak post-credit serba baharu yang belum pernah ditayangkan sebelum ini, bagi menambah kandungan baru pada penutup ceritanya.

Memandangkan tarikh Attack on Titan: THE LAST ATTACK baru sahaja diumumkan di Malaysia, nantikan maklumat baru termasuk tiket dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on Titan: The Last Attack
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu STALKER 2: Heart of Chornobyl – “Era Survival” Baharu Di Dalam Zone!

Next Post

FFXIV Mobile Akan Guna Konsep Free-To-Play Tanpa Sebarang Elemen Gacha!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
FFXIV Mobile Akan Guna Konsep Free-To-Play Tanpa Sebarang Elemen Gacha!

FFXIV Mobile Akan Guna Konsep Free-To-Play Tanpa Sebarang Elemen Gacha!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd