Musim terakhir Attack on Titan mengenalkan kita kepada Marley, tetapi setelah Eren dan rakan-rakan lain dalam Survey Corps menyelesaikan misi serangan hendap dalam episod sebelum, anime kembali fokus kepada penduduk-penduduk di Paradis. Kita bukan sahaja dapat melihat perubahan Eren dan rakan-rakan lain sejak musim ketiga, malah ada sesuatu yang tidak sangka berlaku pada Historia.
Dalam musim ketiga Attack on Titan, Historia Reiss mempunyai peranan yang besar dalam jalan cerita keseluruhan. Selepas menyelamatkan Eren dan membantu Survey Corps menewaskan ayahnya yang berubah menjadi Titan, Historia diiktiraf sebagai pemerintah sebenar Eldia. Untuk musim terakhir, Historia sekali lagi akan mengalami perubahan yang besar, cuma saya tidak menyangka perkara ini yang terjadi!
Bagi sesiapa saja yang masih belum menonton episod 69, ia didedahkan bahawa Historia kini sedang mengandung. Sebelum ini, Historia pernah kata bahawa dia bersedia untuk menggunakan darah dirajanya untuk menamatkan perang ini, tetapi itu adalah untuk menguasai kuasa Founding Titan.
Tanpa penjelasan yang kukuh, nampaknya Historia telah menjadi ibu untuk meneruskan keturunannya dirajanya dan walaupun identiti si ayah masih belum diumumkan, ramai yang mengesyaki bahawa Historia sebenarnya tidak rela hati membuat keputusan ini. Mulut dia mungkin kata ya, tetapi wajahnya menunjukkan perasaan sedih dan tidak bermaya.
Sudah tentu perkara ini akan trending, dan di bawah hanyalah beberapa posting di mana peminat meluahkan pendapat mereka selepas melihat keadaan Historia. Siapakah bapa kepada anak itu? Adakah dia akan memainkan peranan yang penting? Saya pun tidak tahu tapi korang boleh berkongsi pendapat dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.
https://twitter.com/TodorokiWeenie/status/1361163666243133440
this scene seems similar. remember when erens father made dina cry and they got married + had a baby the next yr 🤔 at the end we see historia pregnant with some random father after eren stood up for her. somethings not adding up 🤔 what do yall think? #AoTSeason4NHK #erehisu pic.twitter.com/7bWz0uaSEQ
— leo (@reisschapel) February 14, 2021
https://twitter.com/kookiemewgulf/status/1361032867279761411
https://twitter.com/ackeryeagrs/status/1361088978192056323
@gamersantaimy
Discussion about this post