Siri anime Attack on Titan telah pun tamat pada awal November yang lalu. Sempena ulang tahun ke-10 siri, terdapat temu bual bersama pencipta Attack on Titan, Hajime Isayama bersama pelakon suara Eren, Yuki Kaji. Walaupun sudah dua tahun siri manga tamat, nampaknya Isayama-sensei masih merenungkan penamatnya.
Menurut salah seorang pengunjung acara tersebut menyatakan bahawa pencipta siri tersebut sudah lama menyesal mengenai penamat manga Attack on Titan sehingga dia tidak lalu makan. Apabila penamat siri anime Attack on Titan yang berbeza ditayangkan, ia akhirnya mendapat ketenangan.
Memandangkan Isayama-sensei sendiri ada terlibat dalam penghasilan penamat siri anime, tidak mustahil jika dia mengubah sesuatu yang memberikan penamat yang membuatkan peminat lebih berpuas hati. Melihat penerimaan hebat daripada ramai peminat di seluruh dunia, boleh dikatakan tambahan serta perubahan yang diberikan kepada babak anime, sememangnya berbaloi.

Sekarang ramai yang ternanti-nantikan spin-off manga baharu bertajuk “Bad Boy” yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanak watak kegemaran, Levi Ackerman. Ia akan tersedia dalam jilid ke-35 siri. Manga tersebut dikeluarkan sebagai salah satu kandungan untuk pelepasan art book bertajuk “FLY”. Ia akan mempunyai lebih daripada 200 muka surat dan memaparkan ilustrasi berwarna oleh mangaka siri, Hajima Isayama. Sebagai tambahan, akan ada merch khas iaitu scarf Mikasa dan kunci Eren.

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Attack on Titan merupakan karya manga oleh Hajime Isayama dan pertama kali diterbitkan dalam Bessatsu Shounen Magazine pada tahun 2009. Siri manga tersebut sudah pun berakhir pada bulan April 2021 dengan jilid ke-34.
Ia telah mendapat adaptasi anime oleh Wit Studio pada tahun 2013 dan telah diambil alih oleh MAPPA untuk musim terakhir yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan setakat anime sahaja, siri ini juga mendapat adaptasi filem live action, novel dan juga game, tidak kiralah konsol mahupun mobile.

Buat anda yang masih belum menontonnya, bolehlah singgah ke platform seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post