Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Attack on Titan Malaysia pakai seluar dalam” kembali viral – Peminat Jepun beri reaksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Komik, Manga
0 0
0
“Attack on Titan Malaysia pakai seluar dalam” kembali viral – Peminat Jepun beri reaksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang pernah melihat gambar atau meme Attack on Titan memakai seluar dalam. Buat mereka yang tidak tahu, meme itu sebenarnya berasal daripada Malaysia dan pernah menjadi viral pada dua tahun lepas. Setelah sekian lama, siapa sangka gambar “Attack on Titan memakai seluar dalam” kembali tertular selepas dikesan oleh peminat Jepun.

マレーシア版の修正が入った進撃単行版面白すぎてずっと笑ってる pic.twitter.com/EIFnUFHISK

— 藤/FJ (@FJ_GGS) May 26, 2023

Menurut Anime Senpai, seorang warga Jepun telah berkongsi gambar Attack on Titan versi keluaran Malaysia. Dalam gambar itu, kita dapat melihat sejumlah Colossal Titan tetapi rupa mereka agak berbeza. Selalunya, para Titan mempunyai rupa “bogel” tanpa kulit, tetapi dalam gambar itu, semua titan memakai seluar ketat. Ramai netizen Jepun melihat gambar ini dan masing-masing tweet “tidak boleh berhenti ketawa”.

気になりすぎて調べたら競泳水着みたいになってるみたいやね…

いや、やっぱりそれはそれでえっちでは…? pic.twitter.com/eDQYIyoAJV

— 赤羽テイト (@AkabaneTeito) May 27, 2023

Ramai juga netizen Jepun yang keliru dan mempersoalkan aksi “penapisan” Malaysia sedangkan AoT menunjukkan jumlah keganasan yang banyak tetapi pihak kita lebih risau tentang bahagian bawah Titan, sedangkan ia tidak mempunyai kemaluan. Malah, netizen Jepun yang sama juga mengungkit topik “Female Titan” di mana seluruh badan Female Titan ditutup oleh warna hitam. Banyak gambar lain turut dimuat naik seperti seperti Warhammer Titan, Cart Titan dan lain-lain.

なんというシュールな絵w
気になってググッて見たら、なかなかのインパクトでしたw pic.twitter.com/ksZzeVFEo0

— トンヌラ (@MMMMMMCCCCCTZ) May 27, 2023

Jadi apakah kisah sebenar di sebalik penapisan ini?

Kredit: KREKO

Gambar yang korang lihat tidak datang daripada sumber rasmi. Jika anda beli manga fizikal Attack on Titan di kedai yang sah seperti Kinokuniya, gambarnya tidak mempunyai sebarang sensor.

Sebaliknya, manga AoT yang ditapis ini berasal dari majalah Kreko. Mungkin ramai orang di Malaysia yang tidak kenal Kreko tetapi ia adalah majalah yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu. Mengapa mereka menapis Attack on Titan begitu? Saya pun kurang pasti tetapi sebab umum adalah supaya pembaca tidak melihat kandungan “18 tahun ke atas”.

Pada 2008, Kreko menjadi antara majalah yang paling laris di Malaysia selepas edarannya mencecah angka 90,000 naskhah sebulan. Antara manga yang diterbitkan adalah One Piece, Eyeshield 21, Death Note, Naruto, Yakitate Japan, dan banyak lagi. Selepas 20 tahun dalam penerbitan, majalah Kreko akhirnya ditamatkan dengan isu 31 pada 21 November 2019.


Baca segala berita kami tentang Attack on Titan di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanJepunMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Serangan Berterusan Gojo Kepada Sukuna! [SPOILER]

Next Post

Cari Phone Bajet untuk Gaming? Ini Senarai Phone Hebat Bawah RM1000!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Cari Phone Bajet untuk Gaming? Ini Senarai Phone Hebat Bawah RM1000!

Cari Phone Bajet untuk Gaming? Ini Senarai Phone Hebat Bawah RM1000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd