Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan: Kisah sebenar disebalik kewujudan Titan!

Maira by Maira
February 8, 2022 - Updated on February 12, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Attack on Titan: Kisah sebenar disebalik kewujudan Titan!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula daripada episod pertama Attack on Titan, pasti ramai daripada anda tertanya-tanya bagaimana titan boleh wujud dalam dunia fiksyen itu. Dalam episod terbaru anime tersebut, akhirnya kisah sebenar disebalik kewujudan titan akhirnya diterangkan malah mengubah pandangan ramai peminat mengenai penceritaan siri ini.

Attack on Titan

Episod 80 yang bertajuk ” From You, 2,000 Years Ago ” merupakan rujukan pada episod pertama Attack on Titan “To You Who Lives 2,000 Years Later” dan menyaksikan Eren dan abangnya Zeke bergaduh untuk mengawal dimensi Paths dan Ymir. Ia tidak melibatkan pertempuran secara fizikal kerana Zeke mempunyai kelebihan untuk memerintah Ymir melalui darah dirajanya. Untuk mengubah keadaan itu, Eren telah berhubung dengan Ymir dan melihat memorinya.

Di situ penonton melihat Ymir, seorang gadis dari kampung kecil yang telah diceroboh dan ditakluki oleh King Fritz. Ymir dan penduduk lain telah dibuang lidah mereka dan dijadikan hamba buat raja itu. Kehidupannya menjadi lebih teruk apabila dia dipersalahkan atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Ymir terus melarikan diri apabila King Fritz menyuruh orangnya menangkap Ymir untuk diberikan hukuman atas jenayahnya. Dia yang berusaha untuk melepaskan diri terjatuh ke dalam sebuah kolam bawah tanah di sebuah pokok yang besar. Di dalam air kolam itu, terdapat satu entiti yang dikenali sebagai “Source of All Living Matter” dan ia telah melekat pada badan Ymir, lalu mengubahnya menjadi titan pertama dalam dunia itu.

Attack on Titan

King Fritz yang melihat perubahan Ymir itu telah menggunakannya sebagai senjata utama untuk menubuhkan Eldian, sebagai kuasa untuk mendominasikan Marley. Titan Ymir juga membantu Eldian memajukan teknologi mereka yang jauh lebih hebat berbanding kerajaan lain. Untuk mengekalkan kuasa tersebut dalam tangannya, King Fritz telah memperoleh tiga anak perempuan bersama Ymir iaitu Maria, Rose dan Sina. Nama yang sama digunakan untuk dinding di sekeliling Pulau Paradis.

Ymir telah meninggal dunia setelah melindungi King Fritz daripada tombak musuh dan rohnya dibawa ke dimensi Paths, manakala Fritz pula menyuruh anak perempuannya memakan Ymir supaya mereka mewarisi kuasa Titan ibu mereka. Apabila anak perempuan Ymir melahirkan anak baru dan bercampur dengan suku Eldian, kuasa Titan merebak melalui ritual kanibalistik, manakala roh Ymir menggunakan dimensi Path untuk membentuk sembilan titan istimewa iaitu “Nine Titan” yang akan diwarisi oleh keturunannya.

Inilah yang menjadi titik berakhirnya penghambaan Ymir terhadap King Fritz. Semasa Zeke mengarahkan Ymir untuk membunuh semua Eldian dan menamatkan ancaman Titan buat selama-lamanya, Eren mendapati bahawa Ymir telah membawanya ke dimensi Paths. Malah menyedari bahawa dirinya adalah kunci terhadap kebebasan Ymir.

Sebab itulah mengapa ramai peminat Attack on Titan menggila pada minggu ini. Ternyata asal usul gergasi itu sendiri bukanlah daripada raksasa tetapi sebaliknya berpunca daripada kekejaman dan tragedi terhadap Ymir. Nampaknya kita akan lihat bagaimana “rumbling” Eren akan beraksi pada episod akan datang.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, anda boleh klik pada pautan ini.

Sumber: AOT fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asal usul titanAttack on TitanAttack on Titan The Final Season: Part 2Ymir
Previous Post

Unboxing – S.H. Figuarts Ultraman Leo dari Tamashii Nations

Next Post

Jujutsu Kaisen 0 diakui sebagai filem #1 Jepun pada tahun 2021

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pokémon Legends: Z-A Bakal Datang 16 Oktober 2025, Juga Hadir Di Nintendo Switch 2
Berita

Pokémon Legends: Z-A Bakal Datang 16 Oktober 2025, Juga Hadir Di Nintendo Switch 2

May 29, 2025
MMORPG Terlaris China ‘Sword of Justice’ Bawa Aksi Wuxia Ke Pasaran Global, Pendaftaran Awal Kini Dibuka
Berita

MMORPG Terlaris China ‘Sword of Justice’ Bawa Aksi Wuxia Ke Pasaran Global, Pendaftaran Awal Kini Dibuka

May 29, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance Jelaskan Naratif & Watak Utama Menerusi Trailer Baru
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance Jelaskan Naratif & Watak Utama Menerusi Trailer Baru

May 28, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen 0 diakui sebagai filem #1 Jepun pada tahun 2021

Jujutsu Kaisen 0 diakui sebagai filem #1 Jepun pada tahun 2021

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd