Pada September lalu, Studio Enish dari Jepun telah mengumumkan sebuah permainan mobile berdasarkan manga dan anime terkenal, Attack on Titan: Brave Order. Permainan itu akan tersedia untuk peranti iOS dan Android. Brave Order dijelaskan sebagai permainan “massively multiplayer cooperative RPG”, di mana pemain akan menjadi salah seorang anggota Survey Corps bersama Eren dan Mikasa dan perlu melawan para titan bersama pemain lain. Watak-watak dalam permainan itu juga dilengkapi dengan lakonan suara.
Attack on Titan: Brave Order melalui akaun rasmi Twitter telah melancarkan pra-daftar untuk permainan itu semalam! Semua pemain yang pra-daftar akan mendapat Red Stone yang cukup untuk 10 pull Gacha jika pra-daftar mencapai 300k pemain.
Ia juga disertakan dengan kempen khas Twitter sehingga 21 November. 100 pemenang bertuah akan memenangi 1000 yen untuk kredit Amazon. Tarikh pelancarannya juga jatuh pada musim sejuk ini di Jepun!

Ciri utama Attack on Titan: Brave Order
- Perintahkan survey corp dan musnahkan Titan!: Ikuti Survey Corps bersama Eren dan Mikasa dan lawan para titan. Anda akan dapat co-op sehingga empat orang pemain.
- Karakter popular dari anime! : Eren, Mikasa, Armin, Levi, Hange dan Erwin juga sertai permainan ini! Alami kisah penceritaan di dunia “Attack on Titan” penuh dengan lakonan suara penuh. Lawan titan dengan keupayaan anda bersama rakan-rakan!
- Jemput ahli lain ke Home: Home boleh disesuaikan dengan bebas! Jika anda meletakkan item kegemaran, akan ada ahli lain yang akan muncul!
- Latihan dan pertempuran yang mudah! : Pertempuran dan latihan akan progress secara automatik! Pemain juga boleh memilihnya sendiri!
Buat masa ini, permainan hanya tersedia di Jepun. Jika anda ingin liputan lebih lanjut mengenai permainan ini, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post